Wednesday, November 4, 2009

Peganglah Api Bila Teringatkan Zina

Terkejut aku bila membaca tajuk ini. "Peganglah api bila teringatkan zina." Namun, cerita ni banyak pengajarannya. Kepada kawan2 yang sedang bercinta, pembaca blog ni dan sape2 yang terbabas ke blog ni. Ini pengajaran untuk kita semua. Terutama sekali kepada golongan perempuan, muslimah, wanita dan seangkatannya (termasuk diri saya sendiri, jagalah maruah dan peribadi anda)

*Kisah ini diambil dari iluvislam

Ada seorang pemuda soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan,sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang gadis jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya.

Kebetulan pada ketika itu, disampingnya ada sebuah pelita yang sedang baru dinyalakan untuk menerangi rumah pemuda soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nyala pada sumbu pelita itu. Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri:

''Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu. Kiranya ia tahu panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu.''

Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritanya itu. Lalu dia berteriak:

''Wahai diriku,tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan,padahal api dunia itu tersangatlah sejuk berbanding api neraka. Kalau hanya menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan,apatah lagi menghadapi api neraka yang panasnya berkali-kali ganda lebih dasyat dari api dunia ini."

Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mula-mula tadi. Sejak peristiwa itu hatinya tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu.



Surah An-nisa,ayat 31:

"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)."

Surah Al-Israak,ayat 32:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Monday, October 12, 2009

..: Cameron Highland Yang Memabukkan + Purse Hilang...:

Ingatkan bila jalan2 di Cameron Highland, banyaklah kenangan manis yg di cipta. Rupe2 nye mak aiii...
1) Aku mabuk!
2) Purse aku+henset+atm kad+ic+kad metrik= HILANG!!

cerita 1st
Normal la kan, bile ade je peluang g makan angin, apelagi cepat je nak ikut. G Cameron Highland ni, kononnye nak tebus kekecewaan zaman2 dolu kala. 5 tahun dulu (2006=form 4) aku pernah la pergi Cameron ni. Ikut lawatan koperasi sekolah. Tapi yang sedihnya, tak macam g Cameron pun aku ni. Dalam bas, muntah2 dan hampir lembik. Nasib baik mak sedare aku (mok chek) ada sekali. Takdela aku sorang2 menanggung derita mabuk perjalanan ni. Tapi, kesianla kat die. Terpaksa tunggu aku dalam bas sedangkan yang lain sume keluar jalan2 amik gambar. Aku memang dah tak boleh buat ape. Lembik habisan. Kira redha jela apa2 nak jadi pun.

Ok, back to the basic. Weekend baru ni, aku pergi lagi sekali. Ingatkan boleh catat sejarah la. Yela kan, time pergi 2 aku langsung tak muntah. Pening2 je sikit. Tapi kire ok lagi. Sampai sana, siap brgmbar dengan hepinya. Ceria habisan! Banyak jugakla gmbar yg bermacam ragam. Kononnya nk wat kenangan la. Tapi, bila time nk balik 2, jalan pulak dh berliku liku. Malam gelap gelita, perut aku pun dh mula mual. Dan kepala start pening. So, apelagi. Dengan tenaga yg tggl separuh aku memuntahkan segala isi perut aku. Lembik! Rasa macam dah serik nk pegi sane.


Cerite 2nd

Still lagi scene di Cameron Highland. Sedang syok bergmbar, xsedar beg yg berisi purse, henset hilang!! Ni kire 1st time aku boleh tinggal mcm 2 je beg kesayangan aku 2. Dalam kete baru sedar yg beg 2 xde kat tgn. So, pusing balik cari beg 2. Tapi, confim2 la dh hilang kan. Dah xde rezeki aku aritu. Segala macam benda hilang. Duit, ic, kad metrik, atm kad n henset kesayangan aku sekali hilang. Dalam 2 ade la bedak compact yg xsmpai separuh pun gune, lipbalm, perfume yg bru je beli sehari sebelum 2. Kire mmg rezeki la sape2 yg jumpe. Redha jela aku ni. Uhuk2...

Tapi kan, aku xkisah sgt kalo nk amik duit 2, at least tggl la beg aku 2. Tapi x tau la kalo yg amik beg aku 2 nk gune mekap aku yg x seberape 2. Huhu..Oh ye, lupe... Dalam 2 ade lagi gmbr2 pasport kwn2. Harap2 xde ape2 la yg di buat kat gmbr 2. Sori ye kwn2, gmbr2 korang sume dh hilang. Maybe org asli Cameron yg amik kot. Hehe..




Thursday, October 8, 2009

..:Bila Hati Dan Akal Contradict Each Other:..

Assalamualaikum...

Dah lama aku tak cakap soal hati dan perasaan dalam blog ni. Entahla..Tibe2 je mlm tadi aku teringatkan sesuatu.

"....Hati cakap, aku still lagi syg kat dia dan aku sanggup tunggu dia. Kenapa? Sebab dia pernah janji kat aku dia nak cari aku balik bila dia dah stabil nanti. Meaning, dia nak cari kerja dulu.."

"....But, akal kata. Jangan buat keputusan yang berisiko. Dia hanyalah manusia biasa. Yang tak lepas dari buat kesilapan. Siapa tahu, dia akan jumpa someone better than me nanti? Yup! Mungkin betul akal kata..."

Dalam masa yang sama...

"....Ada guy lain nak approach, aku serba salah. Perlu ke aku terima dia atau just let it go..."


Untuk sedapkan hati...Aku cakap, aku masih muda. Baru 21. Belajar pun tak lepas lagi. Tapi tengok kawan2 bahagia, cemburu tu ada. Adik aku sendiri yang muda setahun dari aku pun dah berpunya. What should i do?

.."YA ALLAH.. bantulah hambamu yang hina ini..."

Friday, October 2, 2009

...:Trip Industri:...

Assalamualaikum semua...

Aku nak kongsi pengalaman aku ke Akademi Penerbangan Malaysia dekat Kelana Jaya Selasa baru2 ini. Aktiviti ini dianjurkan oleh Kelab Matematik UKM. Kami semua dikehendaki berkumpul jam 7.30. Tapi bas gerak dalam 8.20. Biase la, janji melayu. Dahla jalan jam, dalam sejam setengah baru kami sampai.

Di sana, kami semua diarah untuk masuk ke dewan kuliah dan mendengar ceramah daripada pegawai mereka. Beliau cakap budak math pun boleh kerja kat sana. Nak jadi cabin crew pun boleh. Huhuhu...takkanlah kena cabut tudung kat kepala kot. Tak nak la aku. Tapi aku memang tak layak pun kalo nak jadi cabin crew. Kena tinggi beb. Minima 157cm. Sedangkan aku ni, 155 cm je kot.

Selepas dengar ceramah, kami di bawa ke kapal terbang yang tak boleh terbang. Hehe..Dalam ni cuma untuk practice pramugara/i je. Camne nak layan penumpang, camne nak buat air dll. Tapi takpela, dapat gak aku merasa duk dalam kapal terbang even tak bergerak pun. Bile lagi nak merase kan.

Banyak jugak la pengalaman yang aku dapat kat sane. Especially leh gambar dengan banyak kapal terbang. Hehe..Tapi aku tak jumpa sorang pun Pilot, ingat nak ejas...hahaha, (gatal + xleh kawal hormon). Huhu...


Ni la gambar2 yang sempat diambil....



Aku ngan Ira.. bersedia utk terbang! hehe





ngan Ecah...






Sunday, September 13, 2009

kelakarnyee....

Kisah 1

PAK Mat seorang penduduk sebuah pondok di utara tanah air. Pada pertengahan Mei lalu, isterinya, Maznah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau 50-an mula dilihat luar biasa oleh jiran-jirannya kerana beliau akan pergi ke kubur isterinya tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya secara berterusan lebih dua minggu.

Ada setengah daripada jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudara terdekat menemuinya dan berkata: “Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu."

Pak Mat menjawab: “Sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas terakhirnya, beliau berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dulu.

"Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh..." katanya dengan selamba.


Kisah 2

SEORANG lelaki sakit mental menganggap dirinya jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Selepas beberapa bulan menerima rawatan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti sama ada dia sudah pulih atau sebaliknya.

Doktor: Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?

Lelaki: Ya doktor.

Doktor: Siapa kamu sebenarnya.

Lelaki: Saya manusia doktor.

Doktor: Ya ke? Bukan jagung?

Lelaki: Bukan, saya memang manusia doktor.

Doktor: Kamu takut dengan ayam?

Lelaki: Tidak doktor.

Doktor: Hmm...bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.

Lelaki: Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.

Doktor: Apa dia?

Lelaki: Ayam tahu tak yang saya dah berubah jadi manusia.

Doktor: "Hah...?"

Wednesday, September 9, 2009

FAKTA : TAHUKAH ANDA...!!!

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.



2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.



3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan



4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.



5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.



6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.



7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.



8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.



9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.



10.Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.



11.Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.



12.Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.



13.Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


14.Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku !!

Monday, September 7, 2009

Hubungan sebab-akibat

Tiba-tiba budak math kena mengarang! Pelik kan? macam ni la. Senang cerita, sem ni aku ambik kursus etika dalam sains dan teknologi. So, subjek ni banyak aktiviti perbincangan dan mengarang. Exam nanti pun ada esei. Aku dah lama tinggalkan bm, so.. macamane ni?



Masa 1st kelas ni, Dr Alinor (pensyarah subjek ni) nak kami semua siapkan report berdasarkan aktiviti pembelajaran dalam kuliah. Bagi aku, kalau yang ini..ok sikit. Tapi sampai minggu ke-5 je kene bagi report. Lepas tu, beliau nak kami semua buat assigment. Nak tahu pasal apa? berkenaan 9 aksiom sains dan teknologi. Aku dapat hubungan sebab-akibat. Macamane nak wat ni? aku kurang faham apa yang perlu di buat.



Bila aku search internet, aku dapat
website ni
tak tahula ianya berguna ke tak. Tapi aku cuba.



ok...chow dulu, nak siapkan assigment ni pulak. Hopefully dapat siapkan malam ni.
INSYAALLAH...

Sunday, September 6, 2009

Real Analysis...

Arggg! Tension study...mid sem selasa ni. Camne sekarang? What should i do? Hoho..terspeaking pulak. Tengah2 stdy, ak terasa nk ambik gmbar nota2 n buku2 aku yang serabut. Nak tengok aku yang kononnya rjin, hehe...tengah stdy real analysis ni...hebat x aku? boleh catat rekod coz aku ni mne rjin sgt nk stdy2 ni. Huhu...

kalkulator+ spek + pensil buruk...hahaha



spek power 175 je...2 pun nk tunjuk2, ape daaa....


selasa (8/9/09) jam 5 p.m bertempat di DKG124SM aku akan berjuang.. Chaiyok Fiza, u can do it!!
Insyaallah...

Saturday, September 5, 2009

Tuhan berikan aku cinta

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan
ada cerita cinta
Namun
ada saja cobaan hidup
Seakan
aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap
aku dalam terang-Mu
Biarkanlah
aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri
aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan
ada cerita cinta
Namun
ada saja cobaan hidup
Seakan
aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap
aku dalam terang-Mu
Biarkanlah
aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri
aku cinta

Friday, September 4, 2009

Berbuka puasa bersama PM

Best!! 1st aku boleh komen. Makan free kan, mestilah best. Kan kan kan. (Sape bersetuju dengan pendapat saya sila angkat kening). Aku dijemput untuk berbuka puasa bersama PM coz aku anak Felda. Kebetulan, rumate aku pun asal felda jugak. So, ada geng. Kira orait la.

Bermacam juadah disediakan. Aku,baby(rumate aku) dengan 2 orang lagi budak 1 kolej duduk di bahagian atas. Agak terkilan coz makanan tak disediakan di sana. So, kalau nak makan, kena ambik makanan kat bawah. Makanan bukan tak ade langsung, tapi ade kuih seri muka n kuih lompang je. Mana cukup beb! Kami nak nasi!!

Bila ada group lain yang nak join kami, kami xnak. Takut makanan yang ada atas meja tu tak cukup, betapa tamaknya kami. Hahaha. Sampai time berbuka, kami orang 1st turun ambik makanan. Takut cepat habis. Tapi sebenarnya, memang segala mak nenek makananlah yang ada. Nasi, laksa, malah western food pun ada. Kuih muih tu tak usah nak cakaplah. Tak terkira!
Alhamdulillah, rezeki kami agaknya ni. Stop makan bila nak solat. Lepas tu, sambung balik. Terawih langsung tak pergi, padahal dalam surat cakap "bagi pelajar perempuan, sila bawa telekung anda untuk solat terawih." Takpe lah, malam ni je. Hehe..

Okla..ni gambar2 sebagai bukti. Huhu

Ni gambar kuih yang sempat diambil, yang lain dah masuk dalam perut. Hehe..





Gambar dengan PM. Aku takde, sebab aku yang mengambil gambar. Agak terkilan la. Tapi nak wat camne. Takde rezeki nak bergambar dengan Najib.


Gambar kami berempat. (Anak Felda dari kolej Dato' Onn. 2 Johor, 2 Terengganu.)

Harap2, lepas ni ada lagi majlis macam ni. Sape taknak makan free kan?

Sunday, August 16, 2009

kisahku yang sengal...

Petang tadi, ak g akademi memandu nilai. Buat apa? Of course la blaja memandu kan. Hoho, kelakar plak rsenye pglaman tadi. Bila cikgu suh aku tekan gear 3, ak amik gear 5. Terlalu pndai kononnya. Hehe..

Tapi, cikgu kata aku dah ada kemajuan. Semalam, memang hampeh! Mana nak msuk gearnya, mane nk fokus stereng. Time nak masuk gear, mata ak tgk kat gear. So, stereng dh xbleh nk control. Nasib baik cikgu tolong handle. Haha, kalo tak. Wassalam la aku.
Enjin mati pun tak terkira. Banyak kali. Tension ak dibuatnya. Konon bajet nk dptkan lesen before rye ni. Tapi bila tengok keadaan aku ni, susah. Cikgu yang ajar aku pun tak yakin dengan aku. Aku? Apalagi? mesti lagi tak yakin. Huhu.

Sabtu depan aku sambung lagi. Bulan puasa tu, larat ke x aku ni nak bawak kete tengah2 panas. Tapi, harap-harap berkat bulan puasa aku bertambah maju. Insyaallah...

Tuesday, August 11, 2009

Kau dan aku...

Dahulu..pernah aku katakan, engkaulah insan yang terbaik pernah kutemui. Namun kini, aku bagaikan tertanya-tanya...siapakah gerangan dirimu? Aku bagaikan tidak pernah mengenalimu kini kerana perwatakanmu kini tidak pernah aku saksikan sebelumnya. Adakah aku tersilap menilai? Butakah hatiku dalam menilai keikhlasan, kejujuran serta kebaikan seseorang insan yang pernah bertakhta di hati ini? Adakah semua yang kau taburkan dahulu hanyalah kepalsuan semata-mata? Tertipukah aku dengan sandiwaramu?

Dan aku juga telah menjadikan masa silamku sesuatu yang amat perit untuk diingati kerana begitu mudah terpedaya oleh janji manis. Ah! Benarkah kasih sayangmu palsu belaka? Adakah sayang yang selalu kau lafazkan dahulu hanya perangkap untuk menjerat hati ini? Terlalu banyak persoalan yang bermain di benakku, sehinggakan aku kadangkala tidak menentu.

Sunday, August 2, 2009

Bukit Jalil

Semalam, 1 OGOS.. Aku ke Bukit Jalil. Nak tahu kenapa? Sebab kat sana ada 1T3F (1 TERENGGANU, FOOD, FRUIT, FIESTA). Best jugak la, sume anak2 Ganu yg mnetap d sekitar lembah kelang djemput hadir. Mmg mkn btul2 la, ade durian, rmbutan, manggis & mcm2 lg la. Aku bertolak dlm 6 lebih, so smpai sne 6.20 ptg. Smpai je ak trus cri gerai yg ade nasi. Mmg perut ak nk nasi je time 2. Huhu...Akhirnya, aku n Ain, kwan baikku singgah ke gerai Kemaman. Makan nasi minyak yg ade kat situ. Alhamdulillah, kenyang. Memang hampir sehari suntuk aku tak makan nasi, so.. Memang mkn btul2 la.

Lepas 2, kami cari surau. Yela, dh nk mgrib. Senang, lepas solat xyah fikir apa2 lagi, leh makan sepuas-puasnya. Hehe. Dalam 8 lebih, kami ronda-ronda lagi. Kot2 jumpa gerai makan yg best2. Lupe pulak, bila kami smpai tadi. Kami dh diberikan menu2 makanan mgikut daerah. so, brdasarkan menu 2 la, kami mncari dan terus mncari. Tapi malangnya, semua gerai ramai sgt org. So, agak sdih la skit. Tadi, berkobar-kobar semangat nk mkn apa shj yg ade di semua gerai. Pastu, kami hmpir give up. Nseb baik dekat gerai Besut, kami sempat makan kuih. Ok la tu. Hehe..

Lepas tu, haus pulak. Merata kami cari air. Smpaikan tersilap masuk ikut dapur. Huhu.
Akhirnya, dpt la mnum air mineral. Kire orait jugak la. At least boleh basah kan tekak ni. Erm, konsert dh start. So, ape lagi. Kami mkn smbil tgk konsert. Pakcik kat sebelah bg duria. Haha, rezeki jgn ditolak. Pulak tu, ade sorg makcik ni. Baik hati. Die pergi ke gerai2 mknn, crikan kuih. Siap suh kami bwk balik kolej lg. Kelakar je.

Erm, mse konsert rmai gak artis2 yg datang. Ade Anis Suraya, Salim, Mat Over dan rmai lagi. Artis yg x glemer pun ade, apa daa..Dato' Mat Said pun ada. Sape die 2 ek? MB Ganu la. Mcm2 jnji yg dtburkan, hrp2 Dato' tepati ye.

10.30, kami balik. Yg kelakarnya, kami hmpir terlepas bas. Nseb bek, ade org call. Cakap bas dh nk gerak. Alhamdulillah. Sempat la naik bas. Kalo x, kami dh planning nak naik LRT je. Tp mslahnya, LRT smpai 11 je kan? xtau la aku kalo mmg tak sempat naik bas. Merempat smpai ke pagi agaknya aku ni. Hoho...

Friday, July 31, 2009

Mak..maafkan adik

Mak, tak sabar rasanya adik nak melihat dunia. Mesti cantik kan? Tapi, adik tahu. Masanya lambat lagi, belum tentu adik sempat. Mak nak tahu kenapa? Sebabnya adik tahu, kehadiran adik tidak diperlukan oleh mak. Mungkin secara tidak sengaja adik wujud. Adik takut, sebelum sempat adik keluar menjenguk dunia, emak akan apa-apakan adik. Adik taknak, adik takut. Mak, adik sayang mak. Walaupun adik tahu, mak tak sayangkan adik, tapi.. Adik terlalu sayangkan mak.

Mak,adik ingat lagi bila mak tahu adik dah bernafas dalam rahim mak, mak cuba gugurkan adik. Macam-macam usaha yang mak buat, makan nanas muda, telan segala macam pil dan minum cuka, namun mak tak berjaya. Adik masih lagi bernafas. Tapi, adik tahu. Adik dah tak cukup sifat. Adik cacat mak. Kenapa mak lakukan semua ini? Mak memang betul-betul tak sayang adik ke?

Mak, adik teringin sekali mendengar suara garau seorang lelaki yang bergelar ayah. Ke mana ayah adik menghilang? kejamnya dia tinggalkan mak seorang diri. Mak mesti sedih kan? Insan yang sama-sama berkongsi kasih, berjanji setia dengan mak hilangkan diri begitu sahaja. Ayah kejam kan? Walaupun adik sedar, mak pun tak perlukan adik, tapi adik tahu, jauh di sudut hati, mak masih sayangkan adik. Buktinya, selepas adik 5 bulan dalam rahim mak, mak dah tak cuba gugurkan adik lagi. Adik sayang mak.

Mak tahu, walaupun adik dah tak sempurna. Tapi adik sihat. Adik makin tak sabar-sabar nak lihat dunia. Adik nak teman mak. Adik tahu, sekarang ni mak seorang diri menanggung derita. Keluarga mak pun dah buang mak dengan alasan mak dah malukan keluarga. Nanti bila adik dah keluar, adik nak cuba hiburkan hati mak. Mak tahu kenapa? Sebab adik sayangkan mak.

Mak,adik rasa masa untuk adik keluar hampir tiba. Cukup sembilan bulan mak bawak adik ke mana sahaja. Maafkan adik terpaksa menyakitkan mak. Adik tak sabar-sabar nak lihat dunia. Tentu mak sakit kan? Masa mak nak lahirkan adik, mak bertarung nyawa. Antara hidup dan mati. Sekali lagi, adik mintak maaf. Bila adik dah berjaya keluar, adik menangis. Kuat bunyinya, adik sebenarnya takut nak menghadapi cabaran di dunia. Adik takut adik tak mampu. Kalau boleh, adik tak nak jadi macam mak.

Tapi, bila adik keluar. Mak hanya mampu tengok adik. Tiada sebarang respon dari mak. Adik lihat sekeliling, tiada siapa pun yang bersama mak. Mak seorang diri. Adik kagum dengan mak, mak sengat tabah. Tapi kenapa mak di sini, gelap sangat. Adik takut. Baru adik tahu, mak lahirkan adik dalam semak!

Mak, mak nak bawa adik pergi mana? Adik lapar, adik nak susu, adik sejuk. Nasib baik mak bungkus adik dengan kain batik, adik dah tak sejuk lagi. Terima kasih mak. Tapi, kenapa mak jalan laju sangat? Mak kan masih lemah, adik pun tak ada tenaga lagi. Mak nak pergi mana?

Mak, busuknya kawasan ni. Adik tak tahan dengan bau busuk ni. Kenapa kita di sini. Mak, jangan tinggalkan adik sorang-sorang kat sini. Adik takut. Adik lapar. Mak tak bagi susu pun lagi. Tapi, sebelum pergi. Mak pandang adik. Mak cium adik, sekarang baru adik tahu, mak pun sayang adik seperti adik sayangkan mak. Tapi, kenapa mak nak pergi jugak. Adik takut mak. Mak, jangan pergi!! Adik menjeri, adik menangis. Tapi adik tahu, mak tetap akan pergi.

Mak, adik sejuk kat sini. Semut-semut dah mula gigit tubuh kecil adik. Sakit mak. Adik lapar, adik sakit, adik takut. Tapi adik tahu, sekuat manapun adik menjerit dan menangis, mak takkan patah balik. Mak nekad tinggalkan adik kat sini.

Mak, adik dah tak berdaya lagi. Adik rasa tubuh adik dah lemah. Mungkin masa adik di dunia singkat. Tapi adik bersyukur, sekurang-kurangnya mak masih bagi peluang untuk adik melihat dunia. Terima kasih sekali lagi mak. Adik dah tak terdaya lagi, nampaknya adik terpaksa pergi. Mak, nanti kita jumpa di "sana". Tapi kalau adik tak dapat bagi shafaat kat mak, maafkan adik. Selamat tinggal mak, selamat tinggal dunia.


Nota: kisah ni aku terbaca dalam sebuah majalah 'mastika', semoga ianya dapat memberi pengajaran kepada kita.

Thursday, July 30, 2009

Selingkuh

Aku suka lagu ni, walaupun berentak slow...tp best la..

Selingkuh
Pacarku..sayangilah aku
Seperti ku menyayangimu
Pacarku..cintailah aku
Seperti aku cinta kamu
Tapi..kamu kok selingkuh (2x)

Pacarku..mengertilah aku
Seperti aku ngerti kamu
Dan pacarku..pahamilah aku
Sepertiku memahamimu
Tapi..kamu kok selingkuh (2x)

Andaikan bulan andaikan bintang
Dapat berbicara
Tentu dia kan tahu yang sesungguhnya
Andaikan bulan andaikan bintang
Mereka saling berbisik
Tentu cinta kita takkan terusik

Wednesday, July 29, 2009

SELEMBAR BULU MATA

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah.

"Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat.

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah,

"Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Disini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi."

Disusuli oleh telinga, "Saya yang mendengarkan. "

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."

Bibir mengaku, "Saya yang merayu."

Lidah menambah, "Saya yang mengisap."

Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas."

Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dimasukkan ke dalam jahanam. Padahal rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya:

"Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."

"Silakan", kata malaikat.

"Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga:

"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga karena pertolongan selembar bulu mata."


www.iluvislam.com
ruzanna_89
editor: azzahra_solehah

Dia Pilihanku...

Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..

www.iLuvislam.com
nukilan : muslimah single93
editor:everjihad

Perlu ke aku mencari pasangan hidupku?

Entah mengapa, frasa ini berlegar-legar di fikiranku sekarang. Kalau ikut hati, aku juga ingin berteman. Siapa yang suka hidup tanpa teman? Sedangkan ketika Nabi Adam di syurga pun baginda mendambakan seseorang untuk menjadi peneman hidupnya. Namun, bila difikirkan balik, perlu ke sekarang ini aku terlalu mengikutkan kata hati ini? Akalku menidakkan! Ya, aku yakin mungkin suatu hari nanti Dia akan menganugerahkan aku seorang insan yang terbaik untuk melengkapkan hidupku. Insyaallah.

Teringat kata-kata seorang teman, umurku sekarang sudah layak untuk memikirkan siapa yang akan mejadi teman hidupku. Namun, hatiku keras. Mungkin kerana kisah silam yang membuatkan aku fobia dengan insan yang bergelar lelaki. Aku akui, tanpa lelaki tidak sempurnalah hidup wanita. Begitu juga sebaliknya. Allah menciptakan lelaki dan wanita untuk saling lengkap melengkapi. Secara peribadi, "couple" bukan sesuatu yang sepatutnya menjadi 'tiket' untuk lelaki dan wanita bergaul bebas. Aku tidak mendambakan ikatan "couple" ni. Aku perlukan lelaki yang benar-benar 'rasmi' untukku. Namun, ini bukan masanya untuk aku memikirkan hal ini. Mungkin perjalanan aku masih jauh. Aku belum tamat 'study' lagi. Budi dan jasa mak ayah tak terbalas lagi. Terlalu banyak perkara yang perlu aku selesaikan sebelum aku memikirkan tentang hidupku.

Aku yakin, Allah sudah sediakan jodoh yang terbaik untukku. Kalau tiada jodoh di dunia, mungkin di akhirat sana kan. Siapa tahu? So, apa yang perlu dibuat sekarang hanyalah berdoa semoga ditemukan pasangan yang sesuai untukku. Amin..

Kawan-kawan, mungkin kerisauan kamu semua bertempat. Takut aku tidak akan bertemu dengan 'Mr Right' kan? Doakanlah agar aku dapat mencari seorang insan yang benar-benar ikhlas untuk melengkapi hidup aku. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, itu janji ALLAH. So, aku mungkin perlu terus memperbaiki diri untuk mendapat apa yang diingini. Bagi lah aku masa..

Hari sedih

Asri berasa lapar lalu dia pergi ke sebuah restoran untuk makan tengahari..Tiba2 dia ternampak kawan nya duduk minum seorang diri, keadaan nya agak bercelaru seperti tidak terusus... lalu dia pun menyapa kawannya itu...

Asri: Eh..yusof... Kenapa ko ni...nampak sedih je..teruk keadaan ko..cam frust jer..putus cinta ke..cerita la aku nak dengar..mana tau aku boleh tolong.

Perlahan Yusof memandang...lalu mengeleng mengatakan bukan dia putus cinta..lalu dia mula cerita masalah yang menimpa nya

Yusof: Bulan May lepas..mak aku meninggal..tinggalkan aku wang sebanyak RM10,000...

Asri: Aku ucapkan tahziah pada ko..sbar la ye...

Yusof: Bulan Jun yang lepas pulak...ayah aku pulak meninggal...dia wasiatkan aku wang sebanyak RM50,000...

Air mata Yusof mengalir ke pipi nya ..di kesat nya pelahan..Asri menenangkan sabahat nya itu..

Asri: Sungguh pilu..ibu bapa meninggal dalam masa yang singkat...patutla ko begini rupa...byk2 la berdoa semoga roh nya di cucuri rahmat...

Yusof: Bln lepas pulak...Mak cik sedara aku yang menjaga aku pula meninggal..die meninggalkan aku wang sebanyak RM15,000...

Lalu yusof mula meraung ...kaget seketika Asri di buat nya...Yusof diam seketika dan menyambung cerita nya...

Yusof: Sekarang...takde sorang pun yang meninggal..Huawaaaaaaaaaaaaaaaa...

Duda dan Janda

Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorg dirumah nya..anak2nye sume bekerja di bandar...Berdekatan rumah nya itu ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorg...Sudah bertahun lama nya mereka berjiran dan sering juga berhubung kala kesunyian....Suatu hari..di petang yang redup...si duda duduk di bawah pokok rambai..merenung ke arah rumah si janda...Si janda perasan dan datang menegur si duda..."Pak Uda oii..ape yang di menungkan nye tu..."...Si duda menunduk seketika..lalu menjawab "..Ada perkara aku nk bgtu ko ni Mak Jan.."...Berkerut dahi si janda...kerana kelihatan serius pulak si duda tu...

"ape nyer ..serius je bunyi nyer.." ...Si duda merenung si janda...lalu dengan kekuatan yang ade die berkata..."Aku ni kepingin nk berbinikan ko...ko sudi tk?.."...Si janda tersenyum..dan diam seketika ..lalu si janda menjawab "Erm...sudi..."...Setelah berborak seketika...si janda dan duda pun pulang kerumah masing2 kerana hari sudah menjelang senja...

Pada malam itu..si duda gelisah...dia tidak ingat jawapan yand diberikan si janda petang tadi..adakah dia sudi atau tak...yelah dah tue...memori pendek sket...Setelah berfikir sejenak...si duda tidak jugak mendapat jawapan...lalu terpksalah die bertanya sekali lagi kepada si janda...Si duda mendail no telepon si janda..nk dtg umah tk molek plk dah malam2 cmni...

"Helo...mak jan..pak uda di sini...aku ingin bertnya...almaklum dah tua mudah lupa...ptg tdi aku bertnya pada ko sudikah ko berkahwin dengan aku..apakah yang ko jawab.."...Mendengar suara si duda..si janda pun berkata "Aku jawab aku sudi..ikhlas dari hati...selamat ko telepon aku ..Pak Uda..."...si duda pelik dengan kata2 si janda lalu bertnya..."Kenapa..."...Dan si janda menjawab.."Aku pun lupe spe yang ajak aku kawin ptg tadi"

Monday, July 27, 2009

bubur oh bubur....

Mlm ni aku bersama sama ngn rumate ak nak cuba buat bubur. kacang je kan? letak beras+ air byk2 je..xsusah. Tapi, honestly aku xpernah buat, hehehe...
kenapa aku tetibe je ade idea nk buat bubur ni? Jeng jeng jeng, jwapannya mcm ni. contoh la, kalo esok2 ade sape2 sakit ke, kwn ak, pkwe ke, tunang ke, husband ke... mstila kne buat bubur kan, org sakit xleh mkn sdp2..huhu

Erm, xdela.. Prnyataan di ats adalah dusta semata, sbenarye cmni. Esok aku nak pose, so..nak shur mkn bubur je. Kesian kat kami berdua kan? mkn bubur je. Macam xde gigi. ops...

So, sempena syaaban ni aku nak bykknlah pose sunat, dah la pose sunat je ak mmpu buat setakat ni. Sembahyang tahajud? huhu..

Tiba-tiba aku teringat pulak masa dalam kelas td. Prof suruh ak tulis jawapan aku kat depan, tapi ak xpham apa yg beliau nak. So, aku macam agak bengang je td. Malu pun ade, tp nk wat cmne muke ak ni dah sedia tebal, so...rilek sudaa..
Papepun, moral of the story aku msti phm btul2 khendak soalan. So, blajar dri kesilapan la ni.

ok, itu shj aku dapat coretkan utk hari ini. Entah bila lagi aku nak update blog ni, tak tahula. Aku bukan rjin sgt nk update hari2. hehe
Kla, chow dlu. Adios amigos. daa~

Friday, July 24, 2009

Couple itu HARAM

Bismillahirrahmanirrahim...
EPISOD 1
"Pehh..cun siot !", kata si A sambil membuat bunyi cencurut laut Antartika.
"Ni kalo jadi bini aku ni tak kuar umah la aku nampaknye", kata si B pulak sambil mengenyit-ngenyit matanya yang hanya terbuka setengah sentimeter (cm).
"Huiyyo.. (terkesima)", tak lepas pandangan si C melihat si dia yang terkinja-kinja di tepi jalan. Hampir sahaja cecair yang mengandungi enzim amilase di mulutnya terkeluar daripada tempat tadahan.
Beginilah respon kawan-kawan kita apabila melihat perempuan cantik. Pantang lalu depan mata, habis semuanya dipanah oleh mata-mata liar. Mungkin mereka tidak tahu bahawa panahan mata itu akan berbalik pada mereka sendiri akhirnya. Sedih. Kadang-kadang aku sendiri tak kuat untuk istiqomah dalam hal-hal macam ni. Tapi sentiasalah berdoa moga-moga diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. supaya kita dapat melawan dan mendidik nafsu yang tak pernah lesu.
Menjaga pandangan bukannya perkara yang boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yang beriman.
Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."
Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."
Jika seseorang individu itu tidak menjaga pandangannya, mungkin dia akan terjebak ke dalam maksiat yg lebih besar iaitu ZINA. Kalau ditafsirkan pemerhatian dan mungkin sedikit pengalaman aku, sequence ke arah zina ni lebih kurang begini:
Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar

Sebenarnya sequence ni memang reliable jika difikir secara logik akal yang sihat. Malah, ramai ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang berpendapat sama seperti pendapat yang aku terangkan di atas tu, iaitu zina besar bermula daripada zina kecil, yang akhirnya bercambah menjadi dahan-dahan maksiat yang merimbun. Zina bermula dengan pandangan yang tidak terkawal. Daripada pandangan sedemikian, kita semakin mendekati zina.

Untuk lebih faham lagi konsep 'mendekati' di sini, kita ambil satu contoh. Katakan Ali ingin ke kedai yang jaraknya, let say 1220 langkah. Apabila Ali melangkah setapak keluar daripada rumah itu sahaja dia sudah dikira mendekati kedai tersebut, setuju? Jadi, pandangan yang tidak terkawal itu ibarat langkah pertama ke arah zina.
Part 'Tindakan' tu dah bersepah di merata-rata tempat. Paling berlambak di shopping complex & universiti. Untuk pengetahuan anda, disekeliling aku pun ada sebenarnya. Apa benda 'Tindakan' yang aku maksudkan ni sebenarnya? "COUPLE".full stop.
Jika pandangan sahaja dah dikhuatiri akan membawa kepada zina, apatah lagi bercouple? Orang yang berakal sihat sepatutnya tiada masalah nak jawab soalan ni.
Aku anggap mereka yang bercouple ini tidak tahu hukum yang sebenarnya. So, artikel ni adalah bertujuan untuk berkongsi dan MEMBERI TAHU. Jika ada sesiapa yang tengah bercouple atau hampir nak bercouple,dan merasakan maklumat dalam artikel ni akan menghalang niatnya untuk bercouple, maka hati-hati. Syaitan itu sentiasa mengajak ke arah kejahatan. Jika ingin mengikut nafsu syaitan juga, then go for it. Tapi ingat azab Allah di akhirat nanti takkan ada penangguhan.Selepas membaca artikel ni fikirlah kenapa Islam mengharamkan gejala 'couple' sebelum nikah.
( Artikel yang dimaksudkan penulis : JANGAN DEKATI ZINA)
EPISOD 2
InsyaALLAH dalam Episod 2 ni aku nak tekankan lagi mengenai penjelasan 'mendekati' atau 'menghampiri' kerana aku merasakan bahagian ni penting untuk kita fahami betul-betul supaya kita dapat mematuhi perintah Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu :
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
Terang lagikan bersuluh. Kekejian perbuatan zina ini bukan dinyatakan oleh manusia, tetapi dinyatakan oleh Yang Maha Mengetahui. Apabila Allah S.W.T sendiri mengatakan zina ini keji dan satu jalan yang buruk, sudah pasti kecelakaannya maha dahsyat.
Berbalik kepada penjelasan tentang 'menghampiri', sedangkan menghampiri zina sudah diharamkan, inikan pula melakukannya. Contoh menghampiri zina adalah seperti melihat gambar lucah, berdua-duaan lelaki dan wanita ajnabi, pergaulan bebas antara jantina berlainan (ikhtilat) dan juga melihat aurat orang lain.
(contoh yang paling banyak : berjalan berdua-duaan dan beriring-iringan. Walaupun tak berpegangan tangan, tapi amat menjelikkan)
Kuatkanlah hati kita wahai kawan-kawanku sekalian, supaya kita berupaya menegakkan kebenaran yang satu ini. Jangan sesekali diikut tuntutan nafsu. Jangan sesekali patuh pada ajakan syaitan laknatullah dan tertipu dengan tipu daya mereka. Ingatlah bahawa mereka pernah menipu moyang kita, Nabi Allah Adam a.s. dan Hawa.
Surah Al-A'raf ayat 20 :
"Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)."

Jika kita lihat Surah Al-A'raf ayat 19, Allah telah berfirman kepada Adam dan Hawa supaya jangan MENGHAMPIRI sepohon pokok di syurga. Larangan sebenarnya adalah supaya Adam dan Hawa tidak memakan buah pokok tersebut.
"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim."

Merujuk kepada larangan Allah S.W.T. kepada kita supaya tidak menghampiri sesuatu itu, amat jelas bahawa perkara yang dilarang itu dapat memberi mudarat yang besar sehinggakan menghampirinya pun tidak dibenarkan! Ini bertujuan untuk menghindari perkara-perkara mungkar sehingga ke akar-akarnya. Lihatlah betapa kasihnya Allah kepada kita.
Adakah kita ingin mengulang kesilapan Adam dan Hawa sedangkan pengajaran sudah ada di depan mata? Bodohlah orang-orang yang membutakan mata hatinya tanpa ingin mengambil pelajaran.
Mengikut kaedah usul fiqh, sesuatu yang membawa kepada haram, maka hukumnya haram. So, equation ber'couple' sebelum nikah adalah :
couple = menghampiri zina
menghampiri zina = haram
maka, couple = haram (very simple equation)

Tapi, juga ingin diingatkan di sini, apabila ber'couple' sebelum nikah itu hukumnya haram, bukanlah bermakna kita boleh bergaul dengan jantina berlawanan sesuka hati dengan menjadikan alasan "kami tak bercouple, kami hanya berkawan".
Berbalas-balas mesej di YM dan tidak lupa mengucapkan selamat pagi dan malam kepada 'kawan'nya yg satu itu diselangi dengan perbualan telefon yang berpanjangan tanpa membicarakan hal-hal yang penting bukanlah jaminan bahawa kita tidak mendekati zina. BUKAN PERKATAAN 'COUPLE' ITU YANG MEMBUATKAN HUKUMNYA HARAM MELAINKAN PERBUATAN KETIKA BER'COUPLE' ITU SENDIRI. Jika anda tidak ber'couple' sekali pun anda dilarang bergaul bebas tanpa batas syara' antara lelaki dan wanita ajnabi.
Ada suatu ketika seorang kawan mempersoalkan tentang bagaimana hendak mengenal calon suami/isteri jika tidak ber'couple'. Ingatlah bahawa Islam itu bersifat syumul. Tidak ada suatu hal pun tidak diajar oleh Islam. Islam telah pun menyediakan garis panduan yang paling sempurna tanpa melibatkan maksiat dalam hal berkaitan mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.
Amat menyedihkan apabila orang Islam sendiri yang menanyakan soalan sebegini. Ia tidak sepatutnya berlaku. Apa ertinya kita menganut Islam jika kita tidak mengetahui ajaran-ajarannya?
Tapi tidak mengapa, inilah tujuan saya menulis tulisan sebegini untuk berkongsi ilmu dan memberitahu. Untuk soalan tadi, kita sambung seterusnya.....

EPISOD 3: Cara-cara mengenali pasangan selain daripada ber'couple'.
Sebagai agama yang paling sempurna dan satu-satunya agama yang diredhai Allah, Islam telah pun menggariskan panduan untuk diikuti oleh penganutnya berkenaan hal pra-perkahwinan. Cara yg dianjurkan Islam untuk pasangan yang ingin berkahwin kenal-mengenali adalah melalui cara pertunangan.
Tapi amat menyedihkan apabila paradigma masyarakat tentang konsep pertunangan sudah tersimpang jauh dari kebenaran. Buktinya, pertunangan yang sepatutnya dijadikan tempoh untuk lelaki & wanita HANYA saling mengenali telah dijadikan 'lesen' untuk pasangan tersebut berdua-duaan tanpa mahram, ibarat pasangan yang sudah bernikah. Konsep ini salah sama sekali !
Memetik kata-kata Ustaz Hassan Din dalam Al-Kuliyyah di bawah topik "Jodoh" di TV3 bertarikh 28 Julai 2006 berkenaan konsep pertunangan dalam Islam, beliau berkata, "Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan wanita akan saling mengenali antara satu sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."
Sebagai contoh, katakan Superman sudah bersedia untuk berkahwin (maksud 'bersedia' di sini adalah bersedia dari segi kewangan, keadaan, mental serta fizikal). Dan sekarang adalah masa yang sangat sesuai dan ideal untuknya mendirikan rumah tangga. Pada masa yang sama juga dia sudah mempunyai calon sendiri, katakan si 'Cinderella' (bukan nama sebenar).
Superman berhasrat untuk memperisterikan si 'Cinderella'. Superman yang sangat faham akan konsep pertunangan pun terus berjumpa dengan kedua ibu bapa si 'Cinderella' dan menyatakan hasratnya untuk menyunting bunga rafflesia di taman (merisik). Apabila ibu bapa si 'Cinderella' sudah bersetuju dan si 'Cinderella' juga sudah bersetuju apabila diberitahu oleh ibu bapanya, Superman pun menghantar rombongan keluarganya untuk meminang si 'Cinderella'. Tidak timbul langsung hal-hal maksiat kan? Kan cantik tu. Dan apabila si 'Cinderella' sudah menjadi tunangan Superman, maka HARAM bagi lelaki lain meminang si 'Cinderella', walaupun lelaki itu adalah 'Professor Gadget' (bukan nama sebenar).
"Lelaki boleh la, kalau perempuan? Takkan perempuan nak merisik lelaki pula, perigi cari timba namanya tu". Mungkin inilah suara-suara yang bakal berkumandang memberikan respon. Ok. Mari kita sama-sama menelusuri kembali sirah perkahwinan agung, Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah r.a.. Saya yakin ramai yang akan mengakui bahawa perkahwinan agung ini dimulakan oleh Siti Khadijah r.a. dahulu. Ini telah pun diajar dalam subjek Sirah di sekolah agama. Pada mulanya, Siti Khadijah r.a. menyatakan hasrat hatinya kepada pakcik Rasulullah S.A.W. iaitu Abbas, agar merisik baginda.

Setelah baginda bersetuju, barulah keluarga baginda menghantar rombongan meminang Siti Khadijah r.a.. Begitulah yang diajarkan sirah kepada kita. Lalu, apa salahnya jika wanita yg memulakan dahulu? Malah wanita sebegini lebih mulia daripada wanita yang hanya menunggu dipinang oleh putera raja kayangan.
Ustaz Hassan Din juga turut menegaskan bahawa pasangan yang bertunang diharamkan bergaul bebas seperti suami isteri. Mereka masih tetap terikat dengan batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi. Tempoh bertunang hanyalah tempoh kenal-mengenal, bukannya tempoh melayan-layan perasaan cinta. Beliau menambah,
"Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak."
Jika konsep pertunangan ini dilihat dengan mata hati yanang diselaputi iman dan taqwa, akan terzahir berbagai hikmah yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Bijaksana. Selain menghindari maksiat, pertunangan juga dapat memelihara maruah kedua-dua keluarga yang terlibat. Kalau pun pertunangan diputuskan, kedua-dua pihak keluarga masih dapat meneruskan silaturrahim yg sudah terbina, tanpa rasa dendam dan benci.
Maka dengan lahirnya ketiga-tiga episod ni, diharap jelaslah kepada kita serba sedikit tentang hukum ber'couple' sebelum nikah dan bagaimana cara yang sebenarnya untuk kita mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan..
Dengan ini, saya menyeru diri saya sendiri dan kawan-kawan sekalian supaya tinggalkanlah maksiat cinta nafsu syaitan laknatullah ini secepat mungkin. Bagi mereka yang ber'couple' tu, cepat-cepat lah break up. Kita ni dah la amal tak banyak, sembahyang pula ada yang tinggal. ditambah pula dengan dosa 'couple' lagi (dosa berdua-duaan, zina mata, zina telinga, zina tangan, zina kaki dan zina hati). Dibuatnya esok mati,macam mana? Memanglah dosa masing-masing tanggung, tapi jika dah mati orang lain juga yang tolong mandikan, kapankan, tanamkan.
Dan janganlah pula kita menjadi orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Firman Allah dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 23 :
"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?"
Apabila sudah diketahui hukum-hukum Allah, maka hendaklah kita patuhinya. Yang haram segera ditinggalkan. Harap kita tidak menjadi seperti mereka yang di dalam firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 7-11 :
Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa; (7) Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (8) Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, dia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina. (9) Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada Neraka Jahanam (yang disediakan untuk mereka) dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. (10) Al-Quran ini ialah hidayat petunjuk yang cukup lengkap dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (11)
Bagi mereka yang mungkin sudah agak lama mengamalkan maksiat cinta ini dalam kehidupan seharian mereka, mungkin agak sukar untuk meninggalkannya. Namun ingatlah firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 :
"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
Dan semoga kita semua diberi kekuatan iman dan taqwa oleh Allah S.W.T. untuk menegakkan Islam di dalam diri kita. Kerana ramai kawan-kawan kita di luar sana yang sudah tahu halal haram tapi masih melakukan yang ditegah mungkin disebabkan mereka tak punya kekuatan. Dan percayalah kepada qada' dan qadar Allah S.W.T., jika ada jodoh takkan ke mana, jika bukan di dunia yang sementara ni, di syurga yang kekal abadi Insya Allah. Tapi jika bukan jodoh, berkorbanlah nyawa hatta anda mempunyai 100 nyawa sekalipun, nescaya takkan kesampaian.

Wallahua'lam.

sumber: iluvislam.com

p/s: untuk diri sendiri dan kengkawan, marilah sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran daripada artikel ini, yakinlah... ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBANYA...

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”