Seorang guru matematik baru sahaja di'posting'kan untuk mengajar di sebuah sekolah. Biasalah, time tu (beberapa tahun lepas) subjek matematik dan sains kena diajar dalam Bahasa Inggeris. So, cikgu ni pun dengan penuh semangat berkobar-kobar mengajar la satu kelas ni. Kebetulan, beliau dapat kelas yang belakang2.
Selepas mengajar, menulis segala bagai di white board, maka beliau mahu pelajarnya menjawab soalan yang di tanya. Kononnya nak test student.
Cikgu: ok class, who want to try? ( soalan telah tersedia kat depan)
Tapi, tiada seorang pelajar pun yang mengangkat tangan nak jawab soalan tersebut melainkan mereka semua ketawa berdekah-dekah. Cikgu pelik melihat situasi tersebut.
Cikgu: kenapa?? (muka xphm)
pelajar2: cikgu ni kelakar la. One, two, three la.. bkn want to try...itupun tak pandai
(semua ketawa)
cikgu: ????
Sumber: Daripada Dr. Rokiah. Pensyarah math. Ptg tadi, dia cerita kat kelas...=p