Thursday, August 5, 2010

LATEST

Alhamduilah... setelah hampir 4 bulan aku tidak meng'update' blog, hari ini aku kembali. Banyak cerita yang ingin dikongsikan, namun ada sahaja kekangan yang menghalang. Maafkan aku teman2..

Jun 2010:

Selepas tamat belajar, aku balik kampung. Mencari kerja2 yang sesuai sementara menunggu hari konvokesyen 10 Ogos nanti. Cari punya cari, sepupu rekomenkan kerja, Jadi waitress!! Diulang, WAITRESS!! Kerja yang sama sekai tidak pernah tercapai akalku. Kalau setakat waitress biasa2, aku on lagi. Ni kejenye kat hotel. Hoho.. Nasib baik boleh bertudung, namun asalnya semasa interview bos nak org yg free hair!! Dasat kan keje sekarang?? Nak cari rezeki pun kene langgar batas2 agama, Nauzubillah... Ya ALLAH, jauhkan hambaMu daripada perkara mungkar.

"awak ada apa2 nak tanya?" Soal  supervisor/bos semasa interview. Aku hanya geleng kepala.
"Kalo takde, saya nak tanya satu soalan. Awak boleh free hair??" Cepumas punya soalan.
"Of course la tak boleh encik." Terus aku dan kawan aku menjawab. Memang sengal soalan. Kalau bos tu cina aku boleh terima soalan macam tu, tapi ni melayu dan terang2 agama pun ISLAM!!

Entahlah, sedih pun ada dengan keadaan sekarang Terlalu mengikut etika yang dicipta oleh manusia tapi etika ALLAH dan Rasul tak pula nak diikutnya, Semoga hatinya dilembutkan oleh ALLAH. Bayangkan jika ada yang sanggup free hair kerana disuruh oleh bos, tak ke dosa pekerja secara tak langsung dikreditkan ke atas bos tersebut?? Nauzubillah....

Akhirnya aku diterima untuk bekerja, dengan BERTUDUNG!! ALHAMDULILLAH...
Namun, persekitaran tempat aku bekerja kadang2 tidak kena dengan hati. Bila tengok pergaulan antara staf2 lelaki dan perempuan, tiada batasan langsung.

"Peliklah tengok pekerja2 kat sini, pegang2, sentuh2 lelaki perempuan rileks je." Aku bersuara kepada staf yang lebih senior.
"Standard hotel la, tapi sentuh2 pun berlapik." Yela sangat berlapik. Aku tengok ade je yang selambe xde lapik pun.

Kalo tak pegang2 terus xleh ke? peliknya... sangat2 pelik. Kalo dengan alasan berlapik, maknanya boleh kapel, boleh sentuh2 la? Tapi syarat pakai sarung tangan???? Macam tu ke? Tak pernah la pulak aku dengar dalam quran atau hadis cakap macam tu. Aku pun taktau nk buat apa, tegur ade je yang menjawab. So, aku hanya membenci dalam hati sahaja.

Sebulan setengah aku bekerja, namun banyak juga yang aku dapat. Yang baik aku jadikan pengajaran, yang tak baik aku jadikan sempadan. Pekerja2 lelaki walaupun ade je yang stok gatal2, tapi bile kita pandai jaga diri, Insyaallah.. Dia akan hormatkan kita sebagai perempuan. Kalau kita orang perempuan yang memang saje2 nak menyerah diri, alamak ibarat orang mengantuk disorongkan bantal la jawabnya orang lelaki ini.

So, what should we do?? The answer is "tepuk dada, tanya iman.."