Tuesday, March 22, 2011

Novel

Salam..

Aku memang jarang2 sangat nak update blog, entah mengapa. Mood tiada mungkin, atau aku ni memang jenis tak suka sangat menulis. Membaca aku suka.. Hehe..

Semenjak dua menjak ni aku rajin pulak baca novel. Dulu masa zaman sekolah dulu, memang aku ni hantu novel. Tapi hobi ni stop kejap time aku masuk matrikulasi, mungkin nak kena baca banyak buku lain. Dengan nak hafal bio la, formula math, formula kimia la, etc etc.. Orang kata kalau someone suka baca novel, die tu takde kekasih. Hahaha.. related sangat ke? Ape ape je la..

Time masuk u, aku lagi la tak sentuh sangat novel. Memang takde mase langsung! Mana nak bace novel kalo hari2 nak kene siapkan assigment, ade group disscusion, jumpe lecturer ( gaya macam aku ni suke je jumpe lecturer) Padahal time betul2 desperate baru aku pergi. Huhu..

Sekarang tibalah masanya aku kembali kepada hobi asal. Tapi poblemnya sekarang aku nak habiskan sebuah novel m/s 500++ makan masa berminggu minggu, malahan sebulan pun ada. Tak tahu la, aku ni mengeja agaknya. Haha.. Macam banyak sangat komitmen lain, padahal bujang je. Lalala.

Tadi kat tempat keje, rakan sekerja bagi pinjam buku ni,

Bila lah agaknya boleh habis. Setebal 870 m/s. Alahai..

Sunday, February 20, 2011

Jodoh

Salam..

Tetiba saya rasa nak bercerita pasal jodoh. Tak tahu kenapa, mungkin umur dah meningkat, mungkin jugak melihat kawan2 yang dah sampai jodoh masing2. Alhamdulillah.


Jodoh saya?? Belum tahu lagi, only HIM know the best for me. Insyaallah.

Terus terang, jauh di sudut hati memang masih mengharapkan dia. Tapi, saya kena berpijak di bumi yang nyata, jika dia bukan untuk saya, mungkin dah ada insan yang sepatutnya untuk saya. Cuma masa dan ketika yang akan menentukan. I have one main reason why i like him, still... People says, when we loves someone, there's no reason why. But i have the reason, i have the answer.

Ok, stop pakai bahasa skema. Macam tak layak sangat je. Huhuhu..

Senang cerita, aku ada baca satu artikel dari seorang ustaz bertajuk "Bercerita Tentang Jodoh." Aku sangat tertarik pada kata-kata ini.

“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”

Maybe I should choose either one or maybe both.

Tapi ada jugak orang yang baik dapat jodoh tak baik, macam Asiyah dan Firaun, Nabi Nuh a.s dan isterinya. Kalau dapat jodoh yang macam tu, Allah mungkin nak menguji iman mereka. Kan tahap ujian berkadar langsung dengan keimanan seseorang. Ada dalam Al-Quran kalau tak silap, " Allah tidak akan memberatkan ujian melainkan yang termampu untuk ditanggung oleh hambaNya sahaja. " Correct me if me wrong.

Sekarang ni, aku just follow the flow.  Still lagi berhubung, tapi bukan bercinta macam dulu2. Kapel ni pun aku dah tau, tak boleh. Haram. Islam tak de pun suruh kapel. Rite?? Mungkin aku dulu jahil, terikut ikut dengan orang lain, tak semestinya perkara yang majoriti buat tu betul, kan? Am I rite?? Kalau lah dtakdirkan dia pun masih lagi berperasaan yang sama macam aku ni, aku xnk kapel dah. Maybe trus ajak tunang, or nikah terus?? Hahaha.. Advance ke ni?? Itupun kalau dah memang jodoh. Tapi apa2 pun, aku nak istikharah dlu, nak dapat petunjuk dari Dia.

Oh ye, tahun ni umur aku dah 23. Layak ke nak pegang status 2?

Aku pernah terbaca satu buku motivasi,  penulis tu cakap kalo bercinta bukan lah sampai ke jinjang pelamin jer, tapi mesti sampai ke lampin. Why, limaza? Kipasa? Purke?? Haha.. Macam2 bahasa dah ni. Ok, the answer is- kalau sampai jinjang pelamin, lepas je trun dari pelamin, mungkin kiok je. Hoho.. Nauzubillah kan. Sebab tu kene sampai ke lampin, nanti bila dah ade anak, ade tanggungan. Tanggungjawab tu lagi la besar. Kalau dah nak tanggung, pandai pandai la jawab. Itu lah tanggungjawab. Chettt... Pandai2 je aku ni.

Ok, sedapkan hati. Jodoh aku ni xsampai lagi mungkin sebab aku ni tak layak lagi nak pegang apa2 status selain dari status seorang anak, dan seorang kakak sulong. Masih ade lagi tanggungjawab2 yang perlu dilunaskan, masih ade lagi sikap yang perlu dibaiki. Nak jadi yang terbaik untuk orang lain, mestilah kene jadi yang terbaik untuk diri sendiri dulu kan?? Amboi... Pandai2 je kamu ni, hahaha.. 

Dahla, nanti aku merapu yang bukan2 pulak. Lain kali ade masa yang terluang, aku coretkan lagi. Bukan harap ade orang bace pun, tapi saje2 nak meluahkan rasa kat sini. I feel freedom here.

Bye, adios. Assalamualaikum. 

Saturday, January 22, 2011

2011

Salam and greeting!!

Dah lama aku tak mencoret sepatah dua tulisan kat blog ni, Now dah masuk 2011.. Satu ape pun tak ade, huhu.. kesian sungguh kat blog aku ni, terabai dan serabai!! hahaha..

Sebenarnya, ikut mood jgak nak menggerakkan jari jemari kat sini, kadang2 tak tergerak langsung nak jenguk sini. Huhu, kesian sekali lagi.

Ehem ehem, nak cite sikit. Aku dah dapat pergi interview HSBC, alahamdulillah.. Walaupun baru interview, kire aku ni dah tersenarai jgak la, selama ni tak de plak interview company besar2 sebegini. 1st interview aritu kat subang, ade grammar test! Terkejut jgak aku, result?? Huhu.. tak payah cerita la, malu je.


                        ni gambar kat subang parade, sempat lagi jln2 tu.

Walaupun result ciput je masa grammar test tu, tapi aku dapat jugak pergi ke 2nd interview. Kali ni, kat Cyberjaya pulak, 29hb Januari. Sabtu. Hopefully, semua berjalan lancar la. Tapi satu je la weakness aku, susah nk speaking. Hoho..

Even BI SPM A1, but i can't speak well. Teringat pulak kata2 sir (cikgu BI) dlu. " If you got even A1 in your SPM, but you can't speak well in english, it's no meaning.."

Itulah aku!! toing toing toing, terkena atas batang hidung sendiri. Hahaha..

YA ALLAH, jika ini sememangnya rezeki aku, permudahkan urusanku. Dan jika sebaliknya, kurangkan rasa kecewa ini. Sesungguhnya ENGKAU maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMU. Amin..



                  sekadar hiasan ( tapi kene la dgn subjek ni)