Sunday, February 20, 2011

Jodoh

Salam..

Tetiba saya rasa nak bercerita pasal jodoh. Tak tahu kenapa, mungkin umur dah meningkat, mungkin jugak melihat kawan2 yang dah sampai jodoh masing2. Alhamdulillah.


Jodoh saya?? Belum tahu lagi, only HIM know the best for me. Insyaallah.

Terus terang, jauh di sudut hati memang masih mengharapkan dia. Tapi, saya kena berpijak di bumi yang nyata, jika dia bukan untuk saya, mungkin dah ada insan yang sepatutnya untuk saya. Cuma masa dan ketika yang akan menentukan. I have one main reason why i like him, still... People says, when we loves someone, there's no reason why. But i have the reason, i have the answer.

Ok, stop pakai bahasa skema. Macam tak layak sangat je. Huhuhu..

Senang cerita, aku ada baca satu artikel dari seorang ustaz bertajuk "Bercerita Tentang Jodoh." Aku sangat tertarik pada kata-kata ini.

“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”

Maybe I should choose either one or maybe both.

Tapi ada jugak orang yang baik dapat jodoh tak baik, macam Asiyah dan Firaun, Nabi Nuh a.s dan isterinya. Kalau dapat jodoh yang macam tu, Allah mungkin nak menguji iman mereka. Kan tahap ujian berkadar langsung dengan keimanan seseorang. Ada dalam Al-Quran kalau tak silap, " Allah tidak akan memberatkan ujian melainkan yang termampu untuk ditanggung oleh hambaNya sahaja. " Correct me if me wrong.

Sekarang ni, aku just follow the flow.  Still lagi berhubung, tapi bukan bercinta macam dulu2. Kapel ni pun aku dah tau, tak boleh. Haram. Islam tak de pun suruh kapel. Rite?? Mungkin aku dulu jahil, terikut ikut dengan orang lain, tak semestinya perkara yang majoriti buat tu betul, kan? Am I rite?? Kalau lah dtakdirkan dia pun masih lagi berperasaan yang sama macam aku ni, aku xnk kapel dah. Maybe trus ajak tunang, or nikah terus?? Hahaha.. Advance ke ni?? Itupun kalau dah memang jodoh. Tapi apa2 pun, aku nak istikharah dlu, nak dapat petunjuk dari Dia.

Oh ye, tahun ni umur aku dah 23. Layak ke nak pegang status 2?

Aku pernah terbaca satu buku motivasi,  penulis tu cakap kalo bercinta bukan lah sampai ke jinjang pelamin jer, tapi mesti sampai ke lampin. Why, limaza? Kipasa? Purke?? Haha.. Macam2 bahasa dah ni. Ok, the answer is- kalau sampai jinjang pelamin, lepas je trun dari pelamin, mungkin kiok je. Hoho.. Nauzubillah kan. Sebab tu kene sampai ke lampin, nanti bila dah ade anak, ade tanggungan. Tanggungjawab tu lagi la besar. Kalau dah nak tanggung, pandai pandai la jawab. Itu lah tanggungjawab. Chettt... Pandai2 je aku ni.

Ok, sedapkan hati. Jodoh aku ni xsampai lagi mungkin sebab aku ni tak layak lagi nak pegang apa2 status selain dari status seorang anak, dan seorang kakak sulong. Masih ade lagi tanggungjawab2 yang perlu dilunaskan, masih ade lagi sikap yang perlu dibaiki. Nak jadi yang terbaik untuk orang lain, mestilah kene jadi yang terbaik untuk diri sendiri dulu kan?? Amboi... Pandai2 je kamu ni, hahaha.. 

Dahla, nanti aku merapu yang bukan2 pulak. Lain kali ade masa yang terluang, aku coretkan lagi. Bukan harap ade orang bace pun, tapi saje2 nak meluahkan rasa kat sini. I feel freedom here.

Bye, adios. Assalamualaikum.