Sunday, February 22, 2009

menunggu....

Seraut wajah termenenung. Terngiang-ngiang di telinganya kata-kata seseorang semalam. walaupun hanya melalui telefon, suaranya jelas.
"Abang tak nak kita terlalu berharap. Biarlah masa yang menentukan semuanya. Jodoh, ajal, maut semuanya di tangan Tuhan. Kita hanya boleh merancang, tapi Dia yang menentukan." Dia terdiam, memang benar kata-kata itu. Tapi perasaan kasihnya terhadap lelaki itu sangat dalam. Namun, yang pastinya selepas ini, mereka tidak perlu lagi berhubung. Itu permintaan daripada lelaki itu atas persetujuan bersama.
Dan hari ini, dia mula boleh berfikir secara matang. Bahawa lelaki itu mempunyai agendanya yang tersendiri, cita-cita, dan impian yang harus dicapai. Dia juga yakin dengan perasaan lelaki itu terhadapnya, tetapi keadaan masa yang belum mengizinkan untuk mereka bersama. " Dalam masa tiga atau empat tahun lagi, seandainya memang dah ditakdirkan jodoh kita, insyaALLAH, semuanya akan selesai. Just wait and see. " Terdengar lagi kata-kata lelaki itu. Entah mengapa, semua apa yang dikatakan oleh lelaki itu tidak boleh dipertikaikan. Dia terdiam, seakan akan hendak menangis apabila mendengar kata-kata itu. Demi ALLAH, dia terlalu sayangkan lelaki itu, tapi sebagai insan biasa, dia mesti akur dengan takdirNYA.
Mulai sekarang, dia perlu balajar untuk melupakan lelaki itu,dan segala-galanya tentang lelaki itu. Dia harus tabah menjalani hari-hari yang mendatang.

" YA ALLAH YA TUHANKU
SEANDAINYA DIA MEMANG TELAH DICIPTAKAN UNTUKKU,
MENEMANIKU SEPANJANG HAYATKU,
KAU PERMUDAHKANLAH JODOH KAMI,
TETAPI SEANDAINYA DIA BUKAN UNTUKKU,
KAU TEMUKANLAH KAMI DENGAN INSAN YANG TERBAIK UNTUK KAMI,
YANG DAPAT SAMA-SAMA MERPERJUANGKAN AGAMAMU,
AKU BERMOHON PADAMU YA ALLAH,
SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK KAMI,
AMIN..."

Thursday, February 5, 2009

dibius cinta...

SOALAN PEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA:

1. Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?
2. Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?
3. Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?
4. Semasa kita mula berumahtangga, pasti hidup kita indah bagai di Syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?
5. Selepas beberapa tahun berumahtangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?
6. Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?
7. Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah kauhadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?

SOALAN LELAKI KEPADA PASANGANNYA:

1. Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?
2. Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?
3. Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?
4. Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?
5. Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?
6. Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?
7. Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?

sebelum anda dibius cinta,soallah diri sejauh mana anda bersedia?


rujukan:SAIFULISLAM.COM

Wednesday, February 4, 2009

AKU & DIA SALING MEMERLUKAN

LELAKI
Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN???
Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??
Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.
TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki,
kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah,
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.
Maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,
supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.

Tuesday, February 3, 2009

kpd sesape yg punye prsn....!!

Jika kamu memancing ikan…
setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil terus ikan
itu.
Janganlah sesekali kamu melepaskan ia
semula ke dalam air
begitu sahaja…
kerana ia akan sakit
oleh bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan menderita selagi
ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi
banyak pengharapan kepada seseorang…
setelah dia mula menyayangimu,
hendaklah kamu menjaga hatinya.
Janganlah sesekali kamu terus
meninggalkannya begitu sahaja,
kerana dia akan terluka oleh kenangan
bersamamu,
dan mungkin tidak dapat melupakan
segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jgnlah terlalu mengharap pd
takungannya,dan janganlah menganggap ia begitu
teguh.
Cukuplah sekadar keperluanmu……
Apabila sekali ia retak,
tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula.
Akhirnya ia dibuang..sedangkan jika
kamu cuba membaikinya
mungkin ia masih boleh digunakannya
lagi …..

Begitu juga jika kamu memiliki seseorg,
terimalah dia seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya terlalu
istimewa.
Anggaplah dia sebagai manusia biasa.

bukan mudah bagimu untuk menerimanya…
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya
Apabila sekali dia melakukan kesilapan.
Sedangkan jika kamu memaafkannya…
boleh jadi hubungan kamu akan
berterusan hingga akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan
nasi…yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan, berkhasiat.
mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain.
Terlalu ingin mengejar kelazatan,
Kelak nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya.
kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu bertemu dgn
seseorang
yg kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu.
Menyayangimu, mengasihimu,
mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dgn yg lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak kamu akan kehilangannya,
apabila dia menjadi milik orang lain….
kamu juga akan menyesal…

wallahualam...

questions should be answered...

Name one person who made you laugh last night
angoh, die cite tauke tempat die keje kate kaki die so smelly,erm..btul la kot,haha

What were you doing at 0800?
smtimes still sleep after solat suboh,but now kls byk kul 8 la...waaaaa~

What were you doing 30 minutes ago?
30 minutes ago? erm..bergayut ngn my frend,tikah..mcm2 cite. flashback sad story pun ade,huhu...die tnye aku camni
"kalo ex aku khwin, aku nak g ke x mjlis die?"
erm,1st ak ckp kalo dijemput ak g, tp die nshat aku xperlu kalo i still hav feeling 2 him, n die jgak ckp kalo aku dah ade smbdy else time 2,pegi la. erm..perlu ke?

What happened to you in 2006?
time 2 aku still stdy kat metrik,best sgt. kenangan pling pahit tp agak melucukan time aku n tikah terkunci dlm lebry,tension,huhu. dahla ptg sgt time 2,tp ALHAMDULILLAH, akhirnya kami dpt dikeluarkan.hehe

What was the last thing you said out loud?
erm…ade ke?? xingt la...

How many beverages did you have today?
td aku mnum mescafe 3 in 1,pastu mcm bese la,sky juice..

What color is your hairbrush?
pink,xminat sgt kaler 2,tp terbeli..huhu

What was the last thing you paid for?
I paid 4 lunch,only rm2. save bajet..hihi

Where were you last night?
on my aunt's house,sleep there n mmpi yg indah2..=)

What color is your front door?
Green…

What’s the weather like today?
in da afternoon, it was so hot, n tonite, it’s cold…

What’s the best ice-cream flavor?
chocolate,strawbery pun ok..

What excites you?
at this moment, nothing excites me…=(

Do you want to cut your hair?
depends, kalo rse cam dh serabut ngn rmbut pnjg,i'll cut my hair,but now xterase lg nk potong..huhu

Are you over the age of 25?
Oh no….!!!! I’m 20 nk msuk 21,hehe

Do you talk a lot?
Depends on situation.. sumtimes, I talk a lotzzz n sumtimes, I be a very quite person

Are you a jealous person?
dgn yg tersyg confim la jeles,hehe...tp skrg xjeles lg r coz i'm single..

Name ur friends whose name starts with the letter ‘A’.
so many frens name start wif letter “A”.. Atikah,Aisyah, Ain, Ana, Alif, Apiz, Ali, ramai sgt la, xterkire.

Name a friend whose name starts with the letter ‘K’.
khairul rrijal (yo) kwn 1 kolej

Who’s the first person on your received call list?
kat mxis-pizan
clcom-aisyah

What does the last text message you received say?
last text msg?? hohooo.. wat’s question is it? Ermm.. last text msg from my dear fren, tikah, saying that…

“ pzan msg aku wei,xdk kdit nk bls.haha"

sent:
tikah
03-Feb-2009
12:08:04

>>> aku xdpt reply coz dua2 enset xde krdit,huhu. sori ye tikah

Do you have curly hair?
yes,but x curly sgt. ikal,hehe

Where’s the next place you’re going to?
on my bed,of course sleeping n dreaming

What the last thing that you ate?
chipsmore, smbil mnaip smbil mengunyah,nyam3..

Will you get married in the future?
InsyaAllah..Get married is my dream,hav loving husband, ank2 yg comel. best kan?

What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks?last??
congkak..bru tgk last nite,huhu..tkut gak

Is there anyone you like right now?
actually, xske sgt. tp slalu ingt kat die..=(

Are you currently depressed?
xsgt kot,exam lmbat lg..hoho

Did you cry today?
nope! i'm a tough girl,hehe

Why did you answer and post this?
rse nk try jwb soalan2 ni

Tag 5 people who would do this survey
ikut la sape2 pun

Monday, February 2, 2009

warkah untuk hawa...

Hawa.....Andai engkau masih remaja,jadilah anak yang solehah buat kedua-dua ibubapamu,andai engkau sudah bersuami,jadilah istei yang meringankan beban suamimu,andai engkau ibu,didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar mmperjuangkan ad-din Allah.Hawa.....Andai engkau belum berkahwin,jangan kaurisau akan jodohmu,ingatlah hawa,janji Tuhan kita,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan seterusnya dan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.Hawa.....Lelaki yang baik tida melihat parasrupa,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,kemanjaannya,serta kemampuannya menggoncang iman lelaki.Tetapi,lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.Lelaki yang warak juga tidakmahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan....Oleh itu hawa,jagalah pandanganmu,awasilah auratmu,peliharalah akhlakmu,kuatkanlah pendirianmu.Andai ditakdirkan tiada cinta dariapada Adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,biarlah cinta ibu bapamu yang memberi hangat kebahagian buat dirimu,cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakanmu.....Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah.Cintilah ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga......JANGANLAH SESEKALI TANGAN YANGMENGGONCANG DUNIA JUGA YANG MENGGONCANGIMAN LELAKI....Wallahua'lam..

Ada dimana CANTIKNYA seorang WANITA itu

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu
menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu
memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya
yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau
yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi
umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau
mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan
suara manjanya yang boleh melembut sekaligus
melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup
untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah
berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum
cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan
perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat
Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan
keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga,
dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin
saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua.
Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat
keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.