Jika kamu memancing ikan…
setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil terus ikan
itu.
Janganlah sesekali kamu melepaskan ia
semula ke dalam air
begitu sahaja…
kerana ia akan sakit
oleh bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan menderita selagi
ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi
banyak pengharapan kepada seseorang…
setelah dia mula menyayangimu,
hendaklah kamu menjaga hatinya.
Janganlah sesekali kamu terus
meninggalkannya begitu sahaja,
kerana dia akan terluka oleh kenangan
bersamamu,
dan mungkin tidak dapat melupakan
segalanya selagi dia mengingatimu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jgnlah terlalu mengharap pd
takungannya,dan janganlah menganggap ia begitu
teguh.
Cukuplah sekadar keperluanmu……
Apabila sekali ia retak,
tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula.
Akhirnya ia dibuang..sedangkan jika
kamu cuba membaikinya
mungkin ia masih boleh digunakannya
lagi …..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorg,
terimalah dia seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya terlalu
istimewa.
Anggaplah dia sebagai manusia biasa.
bukan mudah bagimu untuk menerimanya…
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya
Apabila sekali dia melakukan kesilapan.
Sedangkan jika kamu memaafkannya…
boleh jadi hubungan kamu akan
berterusan hingga akhirnya.
Jika kamu telah memiliki sepinggan
nasi…yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan, berkhasiat.
mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain.
Terlalu ingin mengejar kelazatan,
Kelak nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya.
kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu bertemu dgn
seseorang
yg kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu.
Menyayangimu, mengasihimu,
mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dgn yg lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak kamu akan kehilangannya,
apabila dia menjadi milik orang lain….
kamu juga akan menyesal…
wallahualam...
No comments:
Post a Comment