Saturday, November 27, 2010
Ada pakwe berguna sangat ke?
Salam.
Saja je aku nak tulis entry macam ni. Terus terang aku ni bukannya pandai sangat nak mengarang cerita. Sebab tu blog aku terabai, bersawang!! Kenapa ek aku persoalkan tajuk ni? Entah!
Ok la, nak dipendekkan cerita, ( biar la kalo jadi panjang pun, blog aku kan..)
Tadi ex cikgu yang mengajar tadika tempat aku mengajar ada datang. Sembang banyak la jugak, sembang punya sembang terkeluar la soalan macam ni dari dia.
dia: Akak malam2 memang tak keluar langsung ke? Makan-makan kat kedai depan tu. ( dia panggil aku akak sebab dia muda 2 tahun dari aku, huhu.. nampak gayanya aku dah beransur ansur tua!! tidaaakk )
aku: yup, akak biasa lepas keje terus masuk bilik, duk dalam bilik je sampai tertidur.
dia: (agak terkejut) betul ke? tak bosan eh? Saya dulu keluar jugak makan2 kat luar, biasa berdua.
(ok, aku tak nak tanya panjang, dah agak mesti kuar dengan pakwe.)
aku: x bosan la, sebelum tido akak baca buku2, laptop ada, tengok cerita ke. Lepas tu, tido la.
(dia macam tak puas hati lagi, tapi aku biarkan je.)
satu lagi...
aku: dulu masa keje weekend balik mana2 tak?
dia: balik rumah kakak, memang every weekend la balik.
aku: eh, same la kita. akak pun balik jugak every weekend. Tapi balik rumah mak sedara la. Biasa pak sedare jemput. Susah kat sini nak naik bas, jalan kaki jauh sangat2 la. Tak berani akak malam2. ______ biasa balik kakak jemput eh?
dia: tak jugak, kadang PAKWE jemput. ( bila sebut PAKWE, suara dia rendahkan sedikit, aku tak tau kenapa)
Persoalan??
pakwe memang berguna eh bab jemput-hantar ni?? entah2 kita orang perempuan lagi berguna buat para pakwe, Nauzubillah min zalik!! aku tak nak ulas panjang2, kita orang perempuan sama2 fikirkan k.
aku bukan nak judge semua lelaki ni jahat, tak berguna, tak boleh pakai whatever negatively la. Ayah aku pun lelaki, aku pun ada adik2 lelaki, tapi zaman sekarang memerlukan kita orang perempuan ni berhati hati. Banyak sangat la kes2 ngeri kat tv, media cetak, media elektronik. Naik seram aku!
Mohon perlindunganMU Ya ALLAH dari perkara2 sebegini.
p/s : senang cerita, aku tak berapa nak percaya sama para pakwe.
tapi kalo suami...... Ehem!! ( Kawal hormon ok!! )
ade kaitan ke gambar ni??
Sekian sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment