Tuesday, January 1, 2013

Goodbye 2012 and welcome 2013

Entry yang pertama dan terakhir untuk tahun ini. (Sekarang ni 11.43 pm - 31/12/12) . Tapi mungkin akan publish on 2013. Biasalah, dah lama tak menulis. Takde skill orang kata. 

Macam2 peristiwa yang aku alami sepanjang tahun 2012. Ingatkan penutupnya aku dah jadi isteri orang, haha. Tp still single mingle lagi. Takpelah, itu kan keje DIA. Kita plan macam mane sekalipun, He always the best planner. Ok. Stop pasal tu. 

Sekarang ni sedang mencari cari diri. Mungkin banyak yang kene perbaiki, repair apa yang patut. Audit apa yang perlu. Bermuhasabah?? Mungkin. Pernah terbaca satu quote, bila ada yang bertanya pasal jodoh. Jawabnya mudah saja, " Saya sedang membaiki diri, mungkin si dia juga sedang membaiki diri. Saya juga sedang menjaga hati, mungkin si dia juga sedang menjaga hati. " Logik je kan kalau nak bagi jawapan macam tu? Walau kita tak pasti siapa si dia yang dimaksudkan. 

Dan sekarang pun masih lagi mencari-cari kerja yang sesuai. Bukan memilih kerja, tapi sampai bila kita mahu di takuk lama kan? Moga urusan ini dipermudahkan olehNYA. Amin Ya Rabb. 

Kronogi kerjaya aku..
 1) Jun 2010- waitress kat Pemai Hotel K.Trg -  ( Serius dah serik sbb msti berdepan dengan mereka yang kaya, golongan VIP yang mungkin kaya harta, tapi miskin jiwa. Nauzubillah. Rakan sekerja yang sangat sosial, bercampur lelaki perempuan tanpa limit. bertepuk tampar, bergurau senda etc etc.) 

2) Oktober 2010 - Guru Tadika, Bangi ( Sangat hepi bekerja dengan budak2, sbb mereka sgt innocent, pernah cerita kt entry terdahulu) 

3) February 2011 - Kerani Shipping ( Ok, dapat pengalaman macamane nak deal dgn customer, membuat shipment ke serata dunia.) 

4) September 2012 -tiada topik menarik. Hehe

Apa-apa pun, semoga di tahun 2013 memberi 1001 harapan dan peluang untuk meng'upgrade' diri menjadi lebih baik dari sebelumnya. Semoga dimudahkan segala urusan, dalam mencari rezeki yang halal dan mungkin dipertemukan dengan jodoh yang baik dunia akhirat. Mohon juga diberi kelapangan hati untuk menerima apa sahaja ujian yang mendatang, ujian susah mahupun senang. Mohon juga diberi keberkatan hidup dalam mencari ilmuMu yang tiada penghujung. Amin Ya Rabb. 





2 comments:

♥Fitnunnisak♥ said...

Tahniah, kembali hidup blog ni..hehe.. hepy new year!

nurul afiza said...

tq, sbb ade org 2 suh aktif blik kan.. hehe