Tuesday, August 11, 2009

Kau dan aku...

Dahulu..pernah aku katakan, engkaulah insan yang terbaik pernah kutemui. Namun kini, aku bagaikan tertanya-tanya...siapakah gerangan dirimu? Aku bagaikan tidak pernah mengenalimu kini kerana perwatakanmu kini tidak pernah aku saksikan sebelumnya. Adakah aku tersilap menilai? Butakah hatiku dalam menilai keikhlasan, kejujuran serta kebaikan seseorang insan yang pernah bertakhta di hati ini? Adakah semua yang kau taburkan dahulu hanyalah kepalsuan semata-mata? Tertipukah aku dengan sandiwaramu?

Dan aku juga telah menjadikan masa silamku sesuatu yang amat perit untuk diingati kerana begitu mudah terpedaya oleh janji manis. Ah! Benarkah kasih sayangmu palsu belaka? Adakah sayang yang selalu kau lafazkan dahulu hanya perangkap untuk menjerat hati ini? Terlalu banyak persoalan yang bermain di benakku, sehinggakan aku kadangkala tidak menentu.

6 comments:

YaNNa'87 said...

jgn percya jnji manis lelaki....semuanya dusta... hayatilah lagu hey ladies dr rossa...huhu

ainulmardhiah said...

ak buat ringtone lagi lg 2..utk pgjaran kat aku sndiri, hehe

NuRuLhiDaYani Bt AhmaD said...

salam..cinta kepada Allah itu adalah yg kekal abadi..=)

ainulmardhiah said...

thanks 2 nurulhidayani bt ahmad..you r right, CINTA kepada ALLAH sje yg kekal...cinta manusia hanyalah sementara...

Org Ganu said...

salam ainul,
thanx sudi singgah blog sy n be my follower..
ermm..nape cam sedih jek n3 ni..
sabar je la yer..mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku

ainulmardhiah said...

thanks bg komen org ganu, sy suke tgk blog awk sbb ade cite2 best, pndai awk mnulis.. erm, kisah sedih sy dh lme sbnrnye, hmpir 2 thun. tp still xdpt lupekan die.. huhu, ter emo pulak, insyaallah.. sy percaye ade hikmah di sebalik semua ni.