Thursday, January 28, 2010

..:: Mencari pasangan vs mencari keredhaanNYA..::

Kadangkala
Hati kecilku berdetik
Sampai bila aku begini
Keseorangan, kesepian, kesunyian

Tatkala melihat teman-teman
Sedang melakar bahagia
Bersama pasangan masing-masing
Bergurau senda, bertepuk tampar
Suka duka, tawa dan tangis

Namun..
Di sebalik semua ini
Aku berfikir
Redhakah DIA dengan kelakuan
Hamba-hambaNYA ini

Kerana
Pergaulan yang semakin luas
Tidak terbatas
Tanpa sempadan yang pernah
Digariskan oleh DIA

Akhirnya
Aku hanya mampu berdoa
Dan mampu berserah kepadaNya

Ya ALLAH Ya TUHANKU
Kurniakanlah aku pasangan
Yang terbaik untukku
Demi agama ini
Untuk mencapai
KeredhaanMU...
Amin..

Create at
8.40 pm
Thursday
28th January 2010


Tuesday, January 26, 2010

..:Hate The Sin, Not The Sinner:..

Assalamualaikum..

Tajuk kat atas ni merupakan perumpamaan yang aku jumpa dalam sebuah novel melayu. Macam best je bunyinye. Betullah tu, kadang2 kita bukannya membenci pembuat dosa, tapi dosa yang dibuat oleh mereka tu kita tak boleh terima. Contohnya aku nak ambik pasal couple, atau dlm bm maksudnya percintaan antara lelaki dan perempuan, atau dlm indon berpacaran. Hehe..

Penulis novel ni pun macam kurang bersetuju dengan budaya kapel yang semakin menjadi-jadi dalam masyarakat melayu yg bergama ISLAM ni. Diulang, MELAYU dan ISLAM!!

Aku bukan apa, bila tengok sekeliling (cth terdekat, shopping complex), macam nak terkeluar biji mata bila tengok kapel2 ni. Berpelukan,berciuman, bergesel2 (macam kucing parsi nak bermanja dengan tuannya) dan macam2 lagi la. Tak sanggup aku nak describe lebih. Huhu..

Even kawan2 sndiri pun ada yg terlibat. Tapi aku tak benci korang, aku benci cara korang berkapel. Tak semestinya kapel sekarang ni akan jadi laki korang jugak satu hari nanti. Jodoh, ajal, maut semuanya di tangan Tuhan. So, berpada-padalah.
Teringat dialog ni..

Aku: Buat apa tu? (tengok 2 org member duk main facebook)

Member 1: Tengok fb, gambar ex dia ni kat shoping complex mane entah,dengan awek baru dia. Tengok ni, berpelukan, pegang pinggang, ei..tak malu ke?? Kalau ex kau macam ni, apa kau rasa??

Aku: Alhamdulillah. Syukur la sebab kita dah tahu perangai dia macam ni. So, sebab tulah jodoh kami tak panjang. (Laju je aku menjawab) huhu

Member 2: Aku tak rasa apa2 la, malas nak pk. (Sampuk member 2)

Member 1: Yela, mestilah kita pernah macam ni gak kan dengan pakwe masing2 ( Dia nak persetujuan ramai)

Aku: Sape suruh time kapel bg lelaki sesuka ati die je nak wat kite? Dalam hati, 'Alhamdulillah.. even aku pun pernah kapel, tapi aku tak pernah buat macam ni. (Peluk2, pgg pinggang, cium2) Allah sayang saya lagi.'

Diam..

Tapi kan, aku pun ada gak wat salah. Time kapel dulu, aku bagi dia pegang tangan aku. Ye!! Pegang tangan sahaja. Tapi itupun dosa jugak kan?? Ada sorang lagi member cakap
"Alah, setakat pegang tangan je pun, buat dosa2 kecik je.. Bukan dosa besar."
Astaghfirullahalazim..istighfar panjang aku dengar statement ni.

Ya ALLAH, ampunkan dosa hambamu ini.

Aku menyesal, aku serik dan aku tak tahu nak cakap apa lagi.

Aku benci dengan apa yang pernah aku buat, tapi harapnya aku tak benci diri aku sendiri.

Monday, January 25, 2010

..:Setelah Sekian Lama Aku Menyepi:..

Salam and greeting to all..

2010..aku kembali!!

Rasanya belum terlewat untuk aku mengucapakan selamat tahun baru 2010 dan selamat menyambut 1431 hijrah. (walaupun dah masuk safar, hehe)

Aku bukan apa, ada banyak kekangan untuk aku meng'update'kan blog. Last aku tulis blog semester lepas, pastu cuti panjang (dalam 5 minggu). Bila cuti, sudah semestinya aku malas nak main blog ni. (bukan blog saje, facebook, emel dan ym pun aku tinggal sepi je). Maklumlah, kat rumah mana ada talian internet. Kalau nak pegi cc, gayenya mmg aku takkan pergi la semata-mata krn bende ni semua. Sekarang dah 5 minggu duk ukm, baru je rasa nak update blog.. Kira halal jela ye?? hehe

Erm, apa yang aku nak tulis lagi ni?? Dah blurr..huhu

Oh ye, tahun ni merupakan semester akhir aku. (INSYAALLAH, aku grad beberapa bulan lagi). So, mestilah sem ni adalah sem yang paling sibuk bagi aku. Kena siapkan thesis la. huhu..
Walau apapun, InsyaALLAH... i'll do the best.. (w'pun aku grad nanti, resultnye x seberapa, tp Alhamdulillah, akhirnya aku akan berjaya jugak habiskan profesion aku sebagai seorang pelajar. ( dah tak sabar2 nak masuk alam kerja, pegang duit sendiri, bantu mak ayah)

Ok..sampai sini shj kot. Aku tak pandai mengayat sgt..;)

Bye...
Assalamualaikum...