Tuesday, January 26, 2010

..:Hate The Sin, Not The Sinner:..

Assalamualaikum..

Tajuk kat atas ni merupakan perumpamaan yang aku jumpa dalam sebuah novel melayu. Macam best je bunyinye. Betullah tu, kadang2 kita bukannya membenci pembuat dosa, tapi dosa yang dibuat oleh mereka tu kita tak boleh terima. Contohnya aku nak ambik pasal couple, atau dlm bm maksudnya percintaan antara lelaki dan perempuan, atau dlm indon berpacaran. Hehe..

Penulis novel ni pun macam kurang bersetuju dengan budaya kapel yang semakin menjadi-jadi dalam masyarakat melayu yg bergama ISLAM ni. Diulang, MELAYU dan ISLAM!!

Aku bukan apa, bila tengok sekeliling (cth terdekat, shopping complex), macam nak terkeluar biji mata bila tengok kapel2 ni. Berpelukan,berciuman, bergesel2 (macam kucing parsi nak bermanja dengan tuannya) dan macam2 lagi la. Tak sanggup aku nak describe lebih. Huhu..

Even kawan2 sndiri pun ada yg terlibat. Tapi aku tak benci korang, aku benci cara korang berkapel. Tak semestinya kapel sekarang ni akan jadi laki korang jugak satu hari nanti. Jodoh, ajal, maut semuanya di tangan Tuhan. So, berpada-padalah.
Teringat dialog ni..

Aku: Buat apa tu? (tengok 2 org member duk main facebook)

Member 1: Tengok fb, gambar ex dia ni kat shoping complex mane entah,dengan awek baru dia. Tengok ni, berpelukan, pegang pinggang, ei..tak malu ke?? Kalau ex kau macam ni, apa kau rasa??

Aku: Alhamdulillah. Syukur la sebab kita dah tahu perangai dia macam ni. So, sebab tulah jodoh kami tak panjang. (Laju je aku menjawab) huhu

Member 2: Aku tak rasa apa2 la, malas nak pk. (Sampuk member 2)

Member 1: Yela, mestilah kita pernah macam ni gak kan dengan pakwe masing2 ( Dia nak persetujuan ramai)

Aku: Sape suruh time kapel bg lelaki sesuka ati die je nak wat kite? Dalam hati, 'Alhamdulillah.. even aku pun pernah kapel, tapi aku tak pernah buat macam ni. (Peluk2, pgg pinggang, cium2) Allah sayang saya lagi.'

Diam..

Tapi kan, aku pun ada gak wat salah. Time kapel dulu, aku bagi dia pegang tangan aku. Ye!! Pegang tangan sahaja. Tapi itupun dosa jugak kan?? Ada sorang lagi member cakap
"Alah, setakat pegang tangan je pun, buat dosa2 kecik je.. Bukan dosa besar."
Astaghfirullahalazim..istighfar panjang aku dengar statement ni.

Ya ALLAH, ampunkan dosa hambamu ini.

Aku menyesal, aku serik dan aku tak tahu nak cakap apa lagi.

Aku benci dengan apa yang pernah aku buat, tapi harapnya aku tak benci diri aku sendiri.

3 comments:

♥Fitnunnisak♥ said...

cm prnh ku dgr citer ni..huhu
bagus la fiza, yg lepas kt jadikan pengajaran,
semoga dosa2 yg lalu kt xulangi..

" MUSLIM yg TAHU sesuatu prbuatan itu adlh dosa, tp tetap melakukannya adlh LEBIH HINA drp JAHILIAH yg melakukan dosa tanpa mengetahui sesuatu prbuatan yg dilakukan adlh dosa..."

nurul afiza said...

thanks yana, org kate mgaku slh 2 satu keberanian..so, ak branikan diri mgaku ape yg pernah ak buat dlu, tp hopefully ak xnk buat lg.. harap ALLAH bntu aku..

bidimohd said...

Salam sdri..
Maafkan sya menjengah sekajap dlam blog sdri...
Terbca post ni..terasa nak bercerita sikit wlaupun mungkin dh terlewat..tp xpe.
Sya x berape update sangat tahap sosial msyakat remaja kat mlaysia sejak beberapa thn ni..sbb dah lama x balik..blk.pun kejep2.je.
Tp sya rasa same situation kat dubai ni yg ramai foreigner yg pelbagai bangsa dan perangai..dimana yg sebelah europe saner dengan ciumanyer, yg sebelah..america latin..dgn pakaian sexinyer..dari tanah besar cina dgn indusri pelacuranyer.
Budaya mereka2 ni memang mencemarkan peradaban yg ada kt timor tengah ni.
Tp..bagi mereka yg muslim..sya kagum dgn tahap pemahaman mereka terhadap islam.
Pengalaman 1.
Kat sini ada 1 pantai yg ramai..mat saleh selalu kunjungi.Kagum..x ramai malah x de kelibat yg perwatakan muslim walhal ni negara diaorang.
Pengalaman 2.
Org timor tengah suka kuda..after race kuda..ada konsert SANTANA & Alton Jhon...Kagum..Meraka berduyung-duyung balik lepas race tu.
Pengalaman 3.
Aku sewa vcd kat 1 kedai...tokan kedai tu tanye aku.."anta muslim"..aku cakap "laaq" dia cakap "MasaAllah..sbb kat kulit cd tu ada gambor awek cun.
Pengalaman 4.
kat kedai2 supermarket bukat x de bayak butik2 fashion yg up to date.... kagum..mereka pilih Abaya gak fesen pilihan diorang..

Bg pendapat sya mereka tahu siapa mereka,mereka kenal agama meraka,walaupun dikelilingi budaya nakal,mereka x mudah terpengaruh dgn budaya sejagat yg kotor.Mereka sikit pun x proud dgn budaya pendatang..Padaku mcm ada dlm fikiran mereka
"Budaya inilah yg merosakkan nenek moyang mereka dulu"
wassalam...