Sunday, April 18, 2010

AL-FATIHAH.. dari ALLAH kita datang, kepadaNYA kita pulang

Assalamualaikum.

Aku lupa nak selitkan satu lagi kisah. Kematian seorang insan yang dikenali ramai. Achik Spin. Innalillah, dan al-fatihah untuk arwah. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan yang beriman. Amin.

Sejak akhir-akhir ni, negara kita gempar dengan kematian orang seni ni. Pertama sekali kematian Yanie mentor, dipercayai menghidap penyakit paru-paru. Kemudian disusuli dengan Din Beramboi, pelawak, kartunis, dj radio yang turut dikenali ramai. Beliau menghidap demam denggi berdarah, selepas beberapa hari berada di ICU, beliau akhirnya pergi meninggalkan kita semua. Al-Fatihah.

Dan, yang terbaru. Petang tadi, Achik spin telah pergi meninggalkan kita akibat daripada kemalangan jalan raya. Beliau pergi dalam usia yang cukup muda, 28 tahun. Pergi meninggalkan seorang isteri dan dua orang cahaya mata. Daripada Allah kita datang, kepadaNYA kita pulang.

Kematian yang menjemput tidak mengira usia, ada yang masih lanjut usianya, tapi dipanjangkan umur. Ada yang baru nak kenal dunia, terus dipanggil ILAHI. Tak ketinggalan juga yang sedang sihat tubuh badan, turut dipanggilNYA. ALLAH MAHA MENGETAHUI.

Sama-sama kita muhasabahkan diri kita. Entah esok, lusa kita pula akan menyusul mereka. Hanya DIA yang mengetahui.

Ya ALLAH, jadikanlah solatku, ibadatku, hidupku dan matiku keranaMU..
Ampunkan dosa-dosa ku YA ALLAH.

Saturday, April 17, 2010

Bersanding, hantaran tepak sireh HARAM??

Assalamualaikum..

Agak terkejut apabila mendengar pasal ni. Bersanding tu aku dah tahu pasal hukumnya, Alhamdulillah.. Tapi yang part hantaran tepak sireh semasa bertunang dan berkahwin tu aku baru tahu malam ni. Syukur.. Sekurang-kurangnya, lepas ni aku boleh bagitau semua ahli keluarga terdekat pasal ni. Ye la kan, dah berkurun orang melayu kita mengamalkan adat ni. Rupa-rupanya Haram!! Maklumat pasal pengharaman ni aku dapat daripada ceramah Ustaz Azhar Idrus. Beliau memberi alasan bahawa bagi sireh ni budaya Hindu. Agama Samyvellu. Huhu.. So, harap2 lepas ni sama2 kita sampaikan kepada yang belum mengetahui. Insyaallah..
                                           gambar sireh

Tapi, aku tahu.. mesti akan ada masalah nanti kan. Yela, aku akui, keluarga aku bukanlah dari kalangan islamik, mereka mesti nak mempertikan pasal ni. So, macam mane ye?? Contoh la, bila sampai seru aku nak kahwin (kalo ade yang berkenan la), mesti ada adat meminang dan bertunang kan? macamana nak bagitau tak perlu tepak sireh ni? Mesti ada yang kata pelik kan. Moga ALLAH permudahkan urusan ku nanti. Amin..

Seperkara lagi, pasal bersanding. Jelas hukumnya Haram kan?? Alasannya sebab ada unsur menunjuk-nunjuk @ riak. Kalau nak bersanding jugak, diharuskan depan famili yang mahram sahaja. Tapi agak2 confirm ke yang mahram je ada? Macam susah kan? Sudah tentu time tu famili sedare mare datang nak memeriahkan majlis, sampai ada yang datang menumpang tidur. So, bagaimana sepupu-sepupu yang ada sekali? Sepupu dikira ajnabi kan?? Cameraman yang dipanggil pulak sah-sah bukan mahram. Ambik gambar pengantin dengan bermacam-macam gaya. Si suami cium isteri, isteri cium suami, peluk2 pinggang, baring2 atas katil. Suami isteri diharamkan menunjukkan kemesraan yang melampau di khalayak ramai. Kalau ada yang tengok, dan tibe2 terangsang, tak ke haru?? Kalau boleh, pegang tangan je la.. itu kata ustaz azhar. Tak perlu la nak tunjuk lebih2, dah jadi suami isteri kan. Lepas itu "mapuh mu la nak wat nape2 pun, doh jadi laki bini doh.." Kata Ustaz Azhar tu lagi. Aku tolong sampaikan je. Hehe..

               Mawi dan Ekin bersanding, sekadar hiasan.. hehe

Maka, kesimpulannya macamana ni? Kita mungkin dari golongan minoriti, sebab dunia sekarang majoriti yang menjadikan bersanding dan hantar tepak sireh sebagai hantaran sebagai satu amalan. Agak susah nak hapuskan amalan yang sudah sebati dalam jiwa masyarakat kita kan.

Oh ye, pasal bagi sireh tu, ustaz Azhar kata kalau bakal pasangan tu memang betul2 jenis makan sireh sebagai makanan ruji, tak makan nasi, harus la kalau nak jadikan sebagai hantaran. Haha.. kelakar kan? Tapi macam masuk akal juga. Orang zaman dulu, boleh la kalau nak bagi sireh pun, sebab ada yang memakannya, orang zaman sekarang ada lagi ke yang jenis makan sireh?? Kalau warga tua tu ada la. Am I rite? Jadi, dah pembaziran kat situ kalau bagi sireh pun. Apa kata kalau sireh tu digantikan dengan makanan lain, bahulu ke, coklat ke, buah rambutan ke, durian, langsat, manggis, best jugak. Huhu

                           makanlah buah-buahan tempatan..;-)


p/s: saya budak baru belajar, betulkan kalau salah.

Tuesday, April 13, 2010

bertudung...

Monday, April 12, 2010

Bila dah pernah bercinta, macam ni la jadinya.. huhu

Kadangkala terdetik juga di hati aku ni, "kan best kalau aku tak pernah bercinta. Tak ada masalah hati dan perasaan, tak ada masalah nak ingat sang mantan, tak ada sakit hati, jauh hati, tak ada masalah itu, tak ada masalah ini. Bla bla bla... 

Sekarang, ( actually, bkn sekarang.. dah lama sebenarnya, huhu) aku baru sedar, cinta tak ada kepentingan pun pada masa ni. Yela, tengah belajar. Kejar cinta buat hape?? Baik belajar dulu sungguh2, nanti dapat kerja best, baru la bersedia berfikir untuk cari pasangan hidup dunia dan akhirat. Ye tak?? Sebenarnya aku patut bersyukur sebab hubungan kami tak lama, hehe.. terima kasih ye sebab putuskan hubungan kita yang entah apa2 ni.

Ni dah masuk 3 tahun, aku single mingle tak ada masalah pun. Riak ke aku ni?? huhu.. Bukan la, maksud aku tak ada la aku nak melibatkan diri dalam masalah hati dan perasaan ni. Alhamdulillah, selesai satu masalah.

Aku pernah baca satu blog ni, tajuk nikah dulu ke cinta dulu?? Erm.. menarik. Kadang2 masalah kelurga pun satu hal, bila anak2 dah cukup matang, dh berkeinginan nak kahwin, mak ayah pula tanya.

"dah ada duit ke nak kahwin ni, kau nak bagi anak orang makan apa? Pasir ke??"

Kalau dah ada kerja, lain pulak jadinya.

"Nanti la dulu, lepas 2,3 tahun kerja kahwin la. Stabilkan ekonomi dulu."

"Kenal2 la dulu, tengok serasi ke tak, takkan nak kahwin terus."

Diam tak diam, kata2 ni lah yang menyebabkan terjadinya maksiat di kalangan anak muda zaman sekarang. Yela, nak kahwin.. Mak ayah tak bagi, kononnya kena knl2 dulu. Agaknya mereka ingat anak2nya akan terpelihara daripada godaan syaitan. Sedar tak, bila seorang lelaki berdua duaan dengan wanita ajnabi, maka di tengah2 tu ada syaitan. Nauzubillah, pesanan untuk diri sendiri jugak.

Kalau ada yang suruh kahwin, couple2 ni tak nak pulak. Antara jawapannya.
"ala, nanti lah dulu. Muda lagi. Nak enjoy." Kalau dah ada yang stok macam ni, memang macam tak lama je hubungan tu. Yela, katanya nak enjoy, dah puas enjoy esok2, cari yang lain. Kan kan kan??

"Aku kena ada rumah dulu la, kereta pun tak beli lagi, macam mana nak kahwin??" Kalau aku jumpa orang macam ni, aku sembur je dengan ayat pedas ni. " Habis, yang ko gatal sangat nak bercinta tu kenapa? Usung anak dara orang ke hulu ke hilir, kahwinnya tak nampak jalan pun."

Ishh.. pelik2 la orang zaman sekarang. Tak paham aku!! Dalam islam, couple tu HARAM. Diulang, HARAM!

Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga.”

 
(at-Tirmidzi)

dalam al-quran sendiri ada menyebut "dan janganlah kamu menghampiri zina"
Jelas kan sini, kapel pun dah haram sebab menghampiri zina. Kalau tak paham jugak, tak tahu la nak explain macamana.
Maka, lagi sekali. Pesanan untuk diri sendiri jugak. Tak payah la kapel2 ni, nanti ada jodoh kahwin jugak. Sekarang fokuskan mana yang lebih utama, tanggungjawab sebagai anak,pelajar, kakak/abang etc. Ingat senang ke nak jalankan tanggungjawab sebagai suami/isteri ni?? Payah beb. Mahunya kena berguru tujuh keturunan nak master bab ni. Huhu.. Gurauan semata.

Ingat janji ALLAH: 

“...perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat)” an-Nur (24:26)

Nah, amik kau sebijik! Tak ke best tu.. Kalau kita baik, insyaallah bakal pasangan kita pun orang baik2. Tapi, kalau macam aku ni tak tahu la. Aku pun bukannya baik sangat, tapi tak ada pulak jahat sangat. Bab kata Iwan dangdut tu, yang sedang-sedang saja. Hehe.. Tapi niat nak berubah ke arah lebih baik tu adala, Insyaallah.. Moga aku mendapat jodoh yang terbaik untuk diriku. Yang mementingkan agama, yang dapat memandu ku ke arah kebaikan. AMIN..

Penutup: 
Aku bagi gambar ni. Tengok sampai juling anak mata ye. Hehe.. 
Tengok, lepas kahwin boleh la nak wat mcm ni. Macam2 lagi la boleh buat. Huhu..
Allah larang kita berzina, tapi Dia tak larang kahwin. 
Jadi, bagi yang sedang berkapel tu, kalau rasa masa nak kahwin tu lambat lagi, better putus ok. Kalau ada jodoh tak kemana. Kalau tak dijodohkan dengan si dia terchenta tu, ALLAH akan gantikan dengan yang lebih baik. Ok tak?? Ok la tu... 
Tapi, bagi mereka yang dah bersedia untuk berumahtangga, cepat2 la ye si lelaki pergi pinang si pujaan hati. Kan melepas pulak, hehe.. STOP LA BUAT MAKSIAT TU. Bertaubat, ingat ALLAH. Minta supaya ALLAH permudahkan semuanya. Amin.. 


“Ya Allah. Kami ingin belajar untuk mentaati perintah-Mu. Kami belajar untuk menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah. Kami seringkali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun lagi, dan lagi. Semoga kami terus dipimpin oleh-Mu, duhai Allah”. ameen


Thursday, April 8, 2010

BIARKAN CINTAMU BERKATA TIDAK.....

Kerap diungkapkan, cinta itu buta?Apakah benar cinta itu buta? Apakah cinta orang beriman juga buta? Kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak, yang mana batil, tentulah cinta orang yang beriman tidak buta.
Tidak! Cinta yang suci tidak buta. Orang beriman tetap celik walaupun sedang dilamun bercinta. Mereka masih tahu dan mampu melihat serta menilai yang mana baik, yang mana buruk, yang mana halal, yang mana haram sewaktu bercinta.

Namun sekiranya buta yang dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya (Allah)… ya, cinta orang beriman memang buta. Orang yang beriman tidak nampak lagi ranjau duri untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.

Pernah Sayidina Abu Bakar ra pernah berkata kepada anaknya, “jika aku menemui mu dalam perang Badar dahulu, aku sedikit pun tidak teragak-agak untuk membunuh mu!” Mus’ab bin Umair pula pernah berkata kepada ibunya, “jika ibu punya 100 nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu, saya tidak akan meninggalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad.”
Ya, cinta orang beriman itu buta. Tetapi bukan buta melulu. Yang buta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman. Cinta itu telah dikotori oleh kehendak nafsu dan bujukan syaitan. Apa sahaja yang disuruh oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan akan diikuti. Cinta buta oleh orang yang buta mata hatinya sanggup mengorbankan maruah, harga diri malah membunuh demi cintanya. Memang benar kata pepatah Arab, seseorang itu menjadi hamba kepada “apa” atau “siapa” yang dicintainya.

Kalau sudah cinta, kita jadi “buta” terhadap penderitaan, kesusahan dan segala keperitan demi menyukakan hati orang yang kita cintai. Oleh itu bertuah sekali jika orang atau apa yang kita cintai itu adalah orang yang baik atau sesuatu yang baik, maka kita akan menjadi hamba kepada orang yang baik dan kebaikan.
Sebaliknya, jika yang kita cintai adalah kejahatan atau orang yang jahat… kita akan diperhambai sentiasa kepada kejahatan. Firaun mati lemas kerana diperhamba kuasa. Manakala Qarun ditelan bumi akibat diperhamba harta. Dan berapa ramai negarawan, hartawan dan bangsawan yang kecundang kerana cintakan wanita? Orang mukmin itu sangat cinta kepada Allah. Firman Allah: “Orang mukmin itu sangat bersangatan cintanya kepada Allah.” Al Baqarah 165.

Justeru, cinta orang mukmin itu “buta” kepada sebarang kesusahan demi menunaikan perintah Allah. Orang mukmin rela mengorbankan segala kesukaan atau kesenangan dirinya apabila semua itu melanggar perintah Allah. Tidak ada istilah tidak apabila berdepan dengan perintah Allah. Mereka akan berpegang kepada prinsip “kami dengar, kami taat” setiap kali mereka mendengar ayat-ayat cinta (Al Quran) yang datang daripada Allah.

Apabila berdepan dengan cinta Allah, segala cinta yang lain akan menjadi kecil dan terpinggir. Bayangkan kecintaan Rasulullah saw terhadap bapa saudaranya Abu Talib – orang yang membela dan melindunginya semasa susah dan senang. Bukan sahaja tubuh badan Rasulullah saw dipertahankan oleh Abu Talib tetapi beliau juga telah memberi kasih-sayang, perhatian, simpati dan empati yang tidak berbelah bagi kepada Nabi Muhammad saw.
Ya, Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Talib saling cinta mencintai. Bayangkan hingga ke saat-saat kematian Abu Talib, nabi Muhammad saw terus berdakwah, merayu dan membujuk agar bapa saudaranya itu beriman. Tetapi Subhanallah! Allah Maha Tahu dan Maha Berkuasa terhadap petunjuk dan hati para hamba-Nya. Hidayah milik Allah. Dan hidayah itu tidak diberikan-Nya kepada Abu Talib atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahuinya. Lalu matilah Abu Talib dalam keadaan tidak beriman…

Betapa sedihnya hati Rasulullah saw tidak dapat digambarkan lagi oleh kata-kata. Dan pada hari kematian Abu Talib, bersimpuhlah baginda dalam doa demi keselamatan ayah saudaranya yang telah pergi. Namun apa jawapan Allah? Allah menegur dan melarang baginda daripada berdoa untuk keselamatan Abu Talib. Kerana apa? Kerana Abu Talib tidak beriman. Walaupun Allah Maha mengetahui betapa cintanya Rasulullah saw… tetapi Allah mendidik hati seorang Nabi agar berkata tidak walaupun ketika hati terlalu cinta!

Begitulah jua jalur cinta yang luar biasa oleh insan-insan luar biasa sebelum diutuskan Nabi Muhammad saw. Bagaimana Nabi Nuh as, dididik oleh Allah agar berkata “tidak” ketika teringat dan merasa kasihan kepada anak dan isterinya yang derhaka. Menyusul kemudiannya Nabi Luth as yang diperintahkan meninggalkan keluarga yang tercinta tanpa boleh menoleh lagi ke belakang.
Menyusul lagi kemudiannya Nabi Ibrahim as yang pada mulanya rela berpisah dengan bapanya yang menyembah berhala, dan selepas itu rela pula menyembelih anaknya Nabi Ismail demi cintanya kepada Allah. Nabi Nuh, Luth, Ibrahim dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w telah berkata “tidak” kepada cinta-cinta yang lain kerana cinta mereka pada Allah. Lalu di manakah letaknya cinta kita?

Muhasabah kembali cinta antara suami-isteri yang mendasari dan menghiasi rumah tangga kita…. Apakah pernah cinta kita berkata, “tidak”? Ah, tanpa disedari kerap kali kehendak isteri atau suami diturutkan sahaja walaupun jelas bertentangan dengan kehendak Allah. Atau kekadang kita sudah bisu untuk menegur kesalahannya kerana terlalu sayang. Sudah ketara, tetapi masih dipandang sebelah mata. Sudah menonjol, tetapi kita pura-pura tidak nampak.
Kekadang ada isteri yang sudah semakin “toleransi” dalam hukum penutupan aurat. Malangnya, sisuami biarkankan sahaja tudungnya yang semakin singkat, warnanya yang semakin garang, saiznya yang semakin sendat dan melekat… Ada masanya tangannya sudah terdedah melebihi paras yang dibenarkan, anak tudungnya telah terjulur dan helaian rambutnya sedikit berjuntaian… Itu pun masih didiamkan oleh sisuami. Mengapa begitu? Mungkin kerana terlalu sayang…

Kekadang solat nya pasangan kita sudah mula culas. Tidak menepati waktu dan terlalu “ringkas” pula… Itu pun masih kita biarkan. Mungkin ketika si suami melangkah ke surau atau ke masjid, si isteri masih leka dengan aktiviti rumah yang tidak kunjung reda. Dan keutamaan mengerjakan menyegerakan solat tepat semakin hari semakin dipinggirkan. Pernah ditegur, tetapi mungkin kerana keletihan si isteri jadi sensitif dan merajuk. Tarik muka. Masam wajahnya. Maka suami jadi “jeran” dan mengalah untuk tidak menegur lagi. Kerana apa? Kerana sayang…

Si suami pula kekadang sudah semakin merosot pengamalan Islamnya. Kalau dulu rajin menghadiri kuliah, melazimi solat berjemaah, bersedekah dan berdakwah tetapi entah kenapa “:semangat” Islamnya merudum tiba-tiba, roh dakwahnya meluntur, mula malas-malas, leka dengan program TV dan aktiviti-aktiviti yang tidak menyuburkan iman dan Islamnya… si isteri melihat dari dekat.
Itu perubahan yang membimbangkan, detik hati isteri. Ingin menegur, tapi malu. Ingin menasihati, takut dibentak. Dari sehari ke sehari kemerosotan itu dibiarkan. Akhirnya keinginan-keinginan itu menjadi dingin… biarlah dulu. Tunggulah lagi. Ah, semuanya… demi cinta!

Seakan telah dilupakan dahulu kita bernikah kerana Allah. Dihalalkan pergaulan kita antara suami isteri atas kalimah Allah. Ingat kembali kalimah syahadah dan istighfar yang diulang-ulang oleh Tok Khadi sebagai pembersihan hati dan taubat sebelum tangan dijabat untuk aku janji menerima satu amanah. Nikah diterima, ijab kabul dilafazkan dengan kehadiran wali dan saksi…dan bercintalah kita kerana Allah.
Itulah pangkal perkahwinan setiap pasangan muslim. Untuk mengekalkan cinta, relalah berkata tidak kepada kemungkaran yang dilakukan oleh pasangan kita. Berani dan tegalah berkata tidak apabila Allah dan hukum-Nya dipinggirkan oleh suami atau isteri kita.

Sayidina Abu Bakar pernah memerintahkan anaknya menceraikan isteri yang baru dikahwini oleh anaknya bila didapati anaknya itu mula culas solat berjemaah di masjid kerana leka melayani isteri barunya. Nabi Ibrahim pula pernah berkias agar anaknya Ismail menukar palang pagar rumahnya (isyarat menceraikan isterinya) apabila didapati isterinya itu tidak menghormati orang tua.

Jika kita undur selangkah ke belakang dalam pengamalan syariat, anak-anak akan undur sepuluh langkah ke belakang. Sedikit ibu-bapa tergelincir, terperosok anak ke dalam lubang kemungkaran. Sebab itu sering berlaku, apabila ibu tidak lengkap dalam menutup aurat anak-anak perempuannya akan lebih galak mendedahkan aurat. Lambat sibapa dalam mengerjakan solat, anak-anak akan berani pula meninggalkan solat. Sedikit ibu-bapa terpesona dengan dunia, anak-anak akan terleka dalam mencintainya!

Betapa ramai ibu-bapa yang hakikatnya “menghumban” anak mereka ke neraka kerana dibiarkan melakukan kejahatan tanpa teguran. Ada yang terlalu cintakan anak, hingga dibiarkan anak-anak tidak solat Subuh, konon katanya kasihan nanti anaknya mengantuk kerana kurang tidur. Ada pula anak-anak yang sudah besar panjang tetapi masih tidak dilatih berpuasa kerana tidak sampai hati anak-anak melihat anak-anak kelaparan dan kehausan. Apabila anak-anak pulang lewat malam, ada ibu-bapa yang begitu “sporting” berkata, “Biarlah… muda hanya sekali, biarkan mereka bersuka-suka, tumpang masih muda!”

Susah benarkah untuk melihat anak-anak, isteri atau suami bersusah-susah kerana Allah? Padahal kesusahan yang sedikit dan sementara di dunia ini adalah suatu yang lumrah demi mendapat kesenangan yang melimpah dan kekal abadi di akhirat kelak?

Jangan kita dibutakan oleh cinta nafsu kerana cinta nafsu itu bersifat melulu. Cintailah sesuatu kerana Allah, insya-Allah, cinta itu akan sentiasa celik untuk melihat kebenaran. Rela dan tegalah berkata tidak demi cinta. Cintalah Allah dan selalu menjaga hukum-hakam-Nya. Bila cinta kita kerana yang maha Baqa (kekal), maka itulah petanda cinta kita sesama manusia akan kekal.

Marah biar kerana Allah. Justeru kemarahan kerana Allah itulah yang akan menyuburkan rasa cinta kita. Bila hak Allah diabaikan, bila hukum-hakam-Nya dipinggirkan, katakan tidak… cegahlah kemungkaran itu dengan kuasa dan dengan kata-kata. Biarkan cinta mu berkata tidak! Insya-Allah cinta itru akan kekal sampai bila-bila…

COPY-PASTE DARI GENTA RASA 

Wednesday, April 7, 2010

Kita di ziarah MalaiKat maut setiap 21 MiniT?SeramNye...

Sedarla weyh! kita di ziarah!

BIsMillahirrahmanirrahimm...

Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, bahwa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnye "Bahwe malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muke bumi ini 70 kali dlm sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati org itu ade yg sedang gelak ketawe. Maka berkate Izrail: "Alangkah hairannye aku melihat org ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala utk mencabut nyawanye, tetapi die masih berseronok2 bergelak ketawe".
Manusia tidak akan sedar bahwe dirinye sentiase diperhati oleh malaikat maut, kecuali org2 soleh yg sentiase mengingati mati. Golongan ini tidak lalai & sentiase sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerane mereka sentiase meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W yg menjelaskan mengenai perkare-perkare ghaib, terutame mengenai hal ehwal mati dan hubungannye dgn malaikat maut.

1 hari=24 jam= 1440 minit

1440 minit/70=20.571 minit

INI BERMAKNE MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITE SETIAP 21 MINIT

p/s: di copy-paste dr facebook teman..