Sunday, April 18, 2010

AL-FATIHAH.. dari ALLAH kita datang, kepadaNYA kita pulang

Assalamualaikum.

Aku lupa nak selitkan satu lagi kisah. Kematian seorang insan yang dikenali ramai. Achik Spin. Innalillah, dan al-fatihah untuk arwah. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan yang beriman. Amin.

Sejak akhir-akhir ni, negara kita gempar dengan kematian orang seni ni. Pertama sekali kematian Yanie mentor, dipercayai menghidap penyakit paru-paru. Kemudian disusuli dengan Din Beramboi, pelawak, kartunis, dj radio yang turut dikenali ramai. Beliau menghidap demam denggi berdarah, selepas beberapa hari berada di ICU, beliau akhirnya pergi meninggalkan kita semua. Al-Fatihah.

Dan, yang terbaru. Petang tadi, Achik spin telah pergi meninggalkan kita akibat daripada kemalangan jalan raya. Beliau pergi dalam usia yang cukup muda, 28 tahun. Pergi meninggalkan seorang isteri dan dua orang cahaya mata. Daripada Allah kita datang, kepadaNYA kita pulang.

Kematian yang menjemput tidak mengira usia, ada yang masih lanjut usianya, tapi dipanjangkan umur. Ada yang baru nak kenal dunia, terus dipanggil ILAHI. Tak ketinggalan juga yang sedang sihat tubuh badan, turut dipanggilNYA. ALLAH MAHA MENGETAHUI.

Sama-sama kita muhasabahkan diri kita. Entah esok, lusa kita pula akan menyusul mereka. Hanya DIA yang mengetahui.

Ya ALLAH, jadikanlah solatku, ibadatku, hidupku dan matiku keranaMU..
Ampunkan dosa-dosa ku YA ALLAH.

2 comments:

♥Cik YaNNa♥ said...

mati tu pasti, kita je xtau bla turn kt plak..sma2 muhasabah dri..

fiza, buang blog ak dri bloglist mu 2, then letak smula.. xdop dh suziana, menggapai impian plop..huhu

nurul afiza said...

btul 2 yana.. doh la ak suke lagu2 die, huhu..

ok.. t ak remove n add blik blog mu 2..