Sunday, February 22, 2009

menunggu....

Seraut wajah termenenung. Terngiang-ngiang di telinganya kata-kata seseorang semalam. walaupun hanya melalui telefon, suaranya jelas.
"Abang tak nak kita terlalu berharap. Biarlah masa yang menentukan semuanya. Jodoh, ajal, maut semuanya di tangan Tuhan. Kita hanya boleh merancang, tapi Dia yang menentukan." Dia terdiam, memang benar kata-kata itu. Tapi perasaan kasihnya terhadap lelaki itu sangat dalam. Namun, yang pastinya selepas ini, mereka tidak perlu lagi berhubung. Itu permintaan daripada lelaki itu atas persetujuan bersama.
Dan hari ini, dia mula boleh berfikir secara matang. Bahawa lelaki itu mempunyai agendanya yang tersendiri, cita-cita, dan impian yang harus dicapai. Dia juga yakin dengan perasaan lelaki itu terhadapnya, tetapi keadaan masa yang belum mengizinkan untuk mereka bersama. " Dalam masa tiga atau empat tahun lagi, seandainya memang dah ditakdirkan jodoh kita, insyaALLAH, semuanya akan selesai. Just wait and see. " Terdengar lagi kata-kata lelaki itu. Entah mengapa, semua apa yang dikatakan oleh lelaki itu tidak boleh dipertikaikan. Dia terdiam, seakan akan hendak menangis apabila mendengar kata-kata itu. Demi ALLAH, dia terlalu sayangkan lelaki itu, tapi sebagai insan biasa, dia mesti akur dengan takdirNYA.
Mulai sekarang, dia perlu balajar untuk melupakan lelaki itu,dan segala-galanya tentang lelaki itu. Dia harus tabah menjalani hari-hari yang mendatang.

" YA ALLAH YA TUHANKU
SEANDAINYA DIA MEMANG TELAH DICIPTAKAN UNTUKKU,
MENEMANIKU SEPANJANG HAYATKU,
KAU PERMUDAHKANLAH JODOH KAMI,
TETAPI SEANDAINYA DIA BUKAN UNTUKKU,
KAU TEMUKANLAH KAMI DENGAN INSAN YANG TERBAIK UNTUK KAMI,
YANG DAPAT SAMA-SAMA MERPERJUANGKAN AGAMAMU,
AKU BERMOHON PADAMU YA ALLAH,
SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK KAMI,
AMIN..."

4 comments:

Anonymous said...

ehemmm....

aku doakan agar kalian bersatu gak akhirnye...

heheee

nurul afiza said...

amin..doakanlah kebahagiaan aku,hehe

nur_ain said...

salam...macam tahu jer saper.aku doakan mg bahagia..hu2

nurul afiza said...

mu ke ain? thanks la sggah blog aku.huhu..