Tuesday, March 24, 2009

ceramah oh ceramah

Tadi aku pergi mendengar ceramah. Tiba- tiba aku jadi baik,huhu..Alhamdulillah, Tuhan membuka pintu hati aku untuk ke tempat begitu. Syukur.

Ceramah tadi bertajuk "Tahaluf Siasi Di Zaman Rasulullah." Berkenaan hal-hal politik di zaman rasul kita. Memang banyak sangat perbezaan antara politik dulu dan sekarang terutamanya di negara kita yang sememangnya dikenali sebagai sebuah negara ISLAM. Tetapi bagi aku sendiri, aku kurang bersetuju dengan sistem pentadbiran yang ada di Malaysia sekarang. Nama pun negara ISLAM kan, tetapi kenapa tidak mempraktikkan sistem pentadbiran seperti zaman Rasulullah dan para sahabat baginda dulu??

Entah la, ni bukan bidang kuasa aku. Aku hanya mampu meluahkan ketidakpuasan hatiku di sini, di blog sendiri. Huhu.

Tetapi, apabila mendengar ustaz tadi tu cakap, aku jadi takut. Kenapa? Kerana menurut beliau, tsunami yang pernah melanda di Acheh dan sebahagian negara lain pada 2004 yang lalu mungkin berpunca daripada kepimpinan yang ada pada masa itu. Menurut beliau lagi, pemimpin di Indonesia pada masa itu ingin menghapuskan institusi ulamak di sana. Maksudnya, apabila ada para ulamak yang berani menentang kepimpinan yang sedia ada mereka akan dihukum bunuh. Kejam kan??

Mungkin apa yang berlaku menunjukkan bahawa dunia sekarang sudah sampai ke penghujungnya. Apapun, tepuk dada tanyalah IMAN.

4 comments:

Khairul Rrijal said...

disini ana nak bagi pendapat yang x seberapa

sebenarnya kita di malaysia amat sensitif apabila ada org lain yg mlakukan tindakan yg boleh dianggap sebagai menghina islam
ahli parlimen belanda yg melukis karikator nabi S.a.w,golongan kristian malaysia yg mahu menggunakan khalimah Allah yg merujuk kpda tuhan mereka,majlis peguam yg menganjur forum memeluk islam adalah sebahagian daripada tindakan2 yg boleh ditafsirkan sebagai menghina nabi muhammad S.a.w dan agama islam,kita akan tampil dengan mengutuk,berdemotrasi dan melakukan apa2 shaja bgi menzahirkan bantahan kita kepada golongan ini..

namun sedarkah kita bahawa selama ini ada sesetengah perbuatan kita sendiri yg melambang kan perhinaan kita terhadap agama kita yg suci ini..sikap tdak mahu menggunakan syariat islam sebagai perlembagaan negara d pringkat kepimpinan,sikap mempercayai amalan khurafat seperti percaya kepada tangkai dan bomoh di peringkat masyarakat,sikap berpakaian tidak menutup aurat dengan baik dan pakaian yg terlalu ketat hingga menampakkan susuk tubuh di peringkat individu muslim dan muslimat adlah di antara amalan kita semua yg juga boleh dianggap menghina agama kita sendiri

kita begitu sensitif apabila org bukan islam menghina agama islam,tetapi kita di lihat seolah2 terlepas pangdang apabila perbuatan kita sendiri yg tidak menepati kehendak islam....

ayuh kawan2,bersamalah kita menaganinya

ainulmardhiah said...

erm..btul jgak 2, mcm ada gak yg terkena btg hidung sndiri, huhu...
aku hanya insan yang lemah..

geo_life said...

marilah bersama-sama kita perbanyakkan mendengar ceramah..terutama bagi mereka yang malas membaca

ainulmardhiah said...

erm..btul2, sy sokong..huhu