Friday, July 31, 2009

Mak..maafkan adik

Mak, tak sabar rasanya adik nak melihat dunia. Mesti cantik kan? Tapi, adik tahu. Masanya lambat lagi, belum tentu adik sempat. Mak nak tahu kenapa? Sebabnya adik tahu, kehadiran adik tidak diperlukan oleh mak. Mungkin secara tidak sengaja adik wujud. Adik takut, sebelum sempat adik keluar menjenguk dunia, emak akan apa-apakan adik. Adik taknak, adik takut. Mak, adik sayang mak. Walaupun adik tahu, mak tak sayangkan adik, tapi.. Adik terlalu sayangkan mak.

Mak,adik ingat lagi bila mak tahu adik dah bernafas dalam rahim mak, mak cuba gugurkan adik. Macam-macam usaha yang mak buat, makan nanas muda, telan segala macam pil dan minum cuka, namun mak tak berjaya. Adik masih lagi bernafas. Tapi, adik tahu. Adik dah tak cukup sifat. Adik cacat mak. Kenapa mak lakukan semua ini? Mak memang betul-betul tak sayang adik ke?

Mak, adik teringin sekali mendengar suara garau seorang lelaki yang bergelar ayah. Ke mana ayah adik menghilang? kejamnya dia tinggalkan mak seorang diri. Mak mesti sedih kan? Insan yang sama-sama berkongsi kasih, berjanji setia dengan mak hilangkan diri begitu sahaja. Ayah kejam kan? Walaupun adik sedar, mak pun tak perlukan adik, tapi adik tahu, jauh di sudut hati, mak masih sayangkan adik. Buktinya, selepas adik 5 bulan dalam rahim mak, mak dah tak cuba gugurkan adik lagi. Adik sayang mak.

Mak tahu, walaupun adik dah tak sempurna. Tapi adik sihat. Adik makin tak sabar-sabar nak lihat dunia. Adik nak teman mak. Adik tahu, sekarang ni mak seorang diri menanggung derita. Keluarga mak pun dah buang mak dengan alasan mak dah malukan keluarga. Nanti bila adik dah keluar, adik nak cuba hiburkan hati mak. Mak tahu kenapa? Sebab adik sayangkan mak.

Mak,adik rasa masa untuk adik keluar hampir tiba. Cukup sembilan bulan mak bawak adik ke mana sahaja. Maafkan adik terpaksa menyakitkan mak. Adik tak sabar-sabar nak lihat dunia. Tentu mak sakit kan? Masa mak nak lahirkan adik, mak bertarung nyawa. Antara hidup dan mati. Sekali lagi, adik mintak maaf. Bila adik dah berjaya keluar, adik menangis. Kuat bunyinya, adik sebenarnya takut nak menghadapi cabaran di dunia. Adik takut adik tak mampu. Kalau boleh, adik tak nak jadi macam mak.

Tapi, bila adik keluar. Mak hanya mampu tengok adik. Tiada sebarang respon dari mak. Adik lihat sekeliling, tiada siapa pun yang bersama mak. Mak seorang diri. Adik kagum dengan mak, mak sengat tabah. Tapi kenapa mak di sini, gelap sangat. Adik takut. Baru adik tahu, mak lahirkan adik dalam semak!

Mak, mak nak bawa adik pergi mana? Adik lapar, adik nak susu, adik sejuk. Nasib baik mak bungkus adik dengan kain batik, adik dah tak sejuk lagi. Terima kasih mak. Tapi, kenapa mak jalan laju sangat? Mak kan masih lemah, adik pun tak ada tenaga lagi. Mak nak pergi mana?

Mak, busuknya kawasan ni. Adik tak tahan dengan bau busuk ni. Kenapa kita di sini. Mak, jangan tinggalkan adik sorang-sorang kat sini. Adik takut. Adik lapar. Mak tak bagi susu pun lagi. Tapi, sebelum pergi. Mak pandang adik. Mak cium adik, sekarang baru adik tahu, mak pun sayang adik seperti adik sayangkan mak. Tapi, kenapa mak nak pergi jugak. Adik takut mak. Mak, jangan pergi!! Adik menjeri, adik menangis. Tapi adik tahu, mak tetap akan pergi.

Mak, adik sejuk kat sini. Semut-semut dah mula gigit tubuh kecil adik. Sakit mak. Adik lapar, adik sakit, adik takut. Tapi adik tahu, sekuat manapun adik menjerit dan menangis, mak takkan patah balik. Mak nekad tinggalkan adik kat sini.

Mak, adik dah tak berdaya lagi. Adik rasa tubuh adik dah lemah. Mungkin masa adik di dunia singkat. Tapi adik bersyukur, sekurang-kurangnya mak masih bagi peluang untuk adik melihat dunia. Terima kasih sekali lagi mak. Adik dah tak terdaya lagi, nampaknya adik terpaksa pergi. Mak, nanti kita jumpa di "sana". Tapi kalau adik tak dapat bagi shafaat kat mak, maafkan adik. Selamat tinggal mak, selamat tinggal dunia.


Nota: kisah ni aku terbaca dalam sebuah majalah 'mastika', semoga ianya dapat memberi pengajaran kepada kita.

Thursday, July 30, 2009

Selingkuh

Aku suka lagu ni, walaupun berentak slow...tp best la..

Selingkuh
Pacarku..sayangilah aku
Seperti ku menyayangimu
Pacarku..cintailah aku
Seperti aku cinta kamu
Tapi..kamu kok selingkuh (2x)

Pacarku..mengertilah aku
Seperti aku ngerti kamu
Dan pacarku..pahamilah aku
Sepertiku memahamimu
Tapi..kamu kok selingkuh (2x)

Andaikan bulan andaikan bintang
Dapat berbicara
Tentu dia kan tahu yang sesungguhnya
Andaikan bulan andaikan bintang
Mereka saling berbisik
Tentu cinta kita takkan terusik

Wednesday, July 29, 2009

SELEMBAR BULU MATA

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah.

"Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat.

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah,

"Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Disini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi."

Disusuli oleh telinga, "Saya yang mendengarkan. "

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."

Bibir mengaku, "Saya yang merayu."

Lidah menambah, "Saya yang mengisap."

Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas."

Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dimasukkan ke dalam jahanam. Padahal rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya:

"Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."

"Silakan", kata malaikat.

"Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga:

"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga karena pertolongan selembar bulu mata."


www.iluvislam.com
ruzanna_89
editor: azzahra_solehah

Dia Pilihanku...

Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..

www.iLuvislam.com
nukilan : muslimah single93
editor:everjihad

Perlu ke aku mencari pasangan hidupku?

Entah mengapa, frasa ini berlegar-legar di fikiranku sekarang. Kalau ikut hati, aku juga ingin berteman. Siapa yang suka hidup tanpa teman? Sedangkan ketika Nabi Adam di syurga pun baginda mendambakan seseorang untuk menjadi peneman hidupnya. Namun, bila difikirkan balik, perlu ke sekarang ini aku terlalu mengikutkan kata hati ini? Akalku menidakkan! Ya, aku yakin mungkin suatu hari nanti Dia akan menganugerahkan aku seorang insan yang terbaik untuk melengkapkan hidupku. Insyaallah.

Teringat kata-kata seorang teman, umurku sekarang sudah layak untuk memikirkan siapa yang akan mejadi teman hidupku. Namun, hatiku keras. Mungkin kerana kisah silam yang membuatkan aku fobia dengan insan yang bergelar lelaki. Aku akui, tanpa lelaki tidak sempurnalah hidup wanita. Begitu juga sebaliknya. Allah menciptakan lelaki dan wanita untuk saling lengkap melengkapi. Secara peribadi, "couple" bukan sesuatu yang sepatutnya menjadi 'tiket' untuk lelaki dan wanita bergaul bebas. Aku tidak mendambakan ikatan "couple" ni. Aku perlukan lelaki yang benar-benar 'rasmi' untukku. Namun, ini bukan masanya untuk aku memikirkan hal ini. Mungkin perjalanan aku masih jauh. Aku belum tamat 'study' lagi. Budi dan jasa mak ayah tak terbalas lagi. Terlalu banyak perkara yang perlu aku selesaikan sebelum aku memikirkan tentang hidupku.

Aku yakin, Allah sudah sediakan jodoh yang terbaik untukku. Kalau tiada jodoh di dunia, mungkin di akhirat sana kan. Siapa tahu? So, apa yang perlu dibuat sekarang hanyalah berdoa semoga ditemukan pasangan yang sesuai untukku. Amin..

Kawan-kawan, mungkin kerisauan kamu semua bertempat. Takut aku tidak akan bertemu dengan 'Mr Right' kan? Doakanlah agar aku dapat mencari seorang insan yang benar-benar ikhlas untuk melengkapi hidup aku. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, itu janji ALLAH. So, aku mungkin perlu terus memperbaiki diri untuk mendapat apa yang diingini. Bagi lah aku masa..

Hari sedih

Asri berasa lapar lalu dia pergi ke sebuah restoran untuk makan tengahari..Tiba2 dia ternampak kawan nya duduk minum seorang diri, keadaan nya agak bercelaru seperti tidak terusus... lalu dia pun menyapa kawannya itu...

Asri: Eh..yusof... Kenapa ko ni...nampak sedih je..teruk keadaan ko..cam frust jer..putus cinta ke..cerita la aku nak dengar..mana tau aku boleh tolong.

Perlahan Yusof memandang...lalu mengeleng mengatakan bukan dia putus cinta..lalu dia mula cerita masalah yang menimpa nya

Yusof: Bulan May lepas..mak aku meninggal..tinggalkan aku wang sebanyak RM10,000...

Asri: Aku ucapkan tahziah pada ko..sbar la ye...

Yusof: Bulan Jun yang lepas pulak...ayah aku pulak meninggal...dia wasiatkan aku wang sebanyak RM50,000...

Air mata Yusof mengalir ke pipi nya ..di kesat nya pelahan..Asri menenangkan sabahat nya itu..

Asri: Sungguh pilu..ibu bapa meninggal dalam masa yang singkat...patutla ko begini rupa...byk2 la berdoa semoga roh nya di cucuri rahmat...

Yusof: Bln lepas pulak...Mak cik sedara aku yang menjaga aku pula meninggal..die meninggalkan aku wang sebanyak RM15,000...

Lalu yusof mula meraung ...kaget seketika Asri di buat nya...Yusof diam seketika dan menyambung cerita nya...

Yusof: Sekarang...takde sorang pun yang meninggal..Huawaaaaaaaaaaaaaaaa...

Duda dan Janda

Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorg dirumah nya..anak2nye sume bekerja di bandar...Berdekatan rumah nya itu ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorg...Sudah bertahun lama nya mereka berjiran dan sering juga berhubung kala kesunyian....Suatu hari..di petang yang redup...si duda duduk di bawah pokok rambai..merenung ke arah rumah si janda...Si janda perasan dan datang menegur si duda..."Pak Uda oii..ape yang di menungkan nye tu..."...Si duda menunduk seketika..lalu menjawab "..Ada perkara aku nk bgtu ko ni Mak Jan.."...Berkerut dahi si janda...kerana kelihatan serius pulak si duda tu...

"ape nyer ..serius je bunyi nyer.." ...Si duda merenung si janda...lalu dengan kekuatan yang ade die berkata..."Aku ni kepingin nk berbinikan ko...ko sudi tk?.."...Si janda tersenyum..dan diam seketika ..lalu si janda menjawab "Erm...sudi..."...Setelah berborak seketika...si janda dan duda pun pulang kerumah masing2 kerana hari sudah menjelang senja...

Pada malam itu..si duda gelisah...dia tidak ingat jawapan yand diberikan si janda petang tadi..adakah dia sudi atau tak...yelah dah tue...memori pendek sket...Setelah berfikir sejenak...si duda tidak jugak mendapat jawapan...lalu terpksalah die bertanya sekali lagi kepada si janda...Si duda mendail no telepon si janda..nk dtg umah tk molek plk dah malam2 cmni...

"Helo...mak jan..pak uda di sini...aku ingin bertnya...almaklum dah tua mudah lupa...ptg tdi aku bertnya pada ko sudikah ko berkahwin dengan aku..apakah yang ko jawab.."...Mendengar suara si duda..si janda pun berkata "Aku jawab aku sudi..ikhlas dari hati...selamat ko telepon aku ..Pak Uda..."...si duda pelik dengan kata2 si janda lalu bertnya..."Kenapa..."...Dan si janda menjawab.."Aku pun lupe spe yang ajak aku kawin ptg tadi"

Monday, July 27, 2009

bubur oh bubur....

Mlm ni aku bersama sama ngn rumate ak nak cuba buat bubur. kacang je kan? letak beras+ air byk2 je..xsusah. Tapi, honestly aku xpernah buat, hehehe...
kenapa aku tetibe je ade idea nk buat bubur ni? Jeng jeng jeng, jwapannya mcm ni. contoh la, kalo esok2 ade sape2 sakit ke, kwn ak, pkwe ke, tunang ke, husband ke... mstila kne buat bubur kan, org sakit xleh mkn sdp2..huhu

Erm, xdela.. Prnyataan di ats adalah dusta semata, sbenarye cmni. Esok aku nak pose, so..nak shur mkn bubur je. Kesian kat kami berdua kan? mkn bubur je. Macam xde gigi. ops...

So, sempena syaaban ni aku nak bykknlah pose sunat, dah la pose sunat je ak mmpu buat setakat ni. Sembahyang tahajud? huhu..

Tiba-tiba aku teringat pulak masa dalam kelas td. Prof suruh ak tulis jawapan aku kat depan, tapi ak xpham apa yg beliau nak. So, aku macam agak bengang je td. Malu pun ade, tp nk wat cmne muke ak ni dah sedia tebal, so...rilek sudaa..
Papepun, moral of the story aku msti phm btul2 khendak soalan. So, blajar dri kesilapan la ni.

ok, itu shj aku dapat coretkan utk hari ini. Entah bila lagi aku nak update blog ni, tak tahula. Aku bukan rjin sgt nk update hari2. hehe
Kla, chow dlu. Adios amigos. daa~

Friday, July 24, 2009

Couple itu HARAM

Bismillahirrahmanirrahim...
EPISOD 1
"Pehh..cun siot !", kata si A sambil membuat bunyi cencurut laut Antartika.
"Ni kalo jadi bini aku ni tak kuar umah la aku nampaknye", kata si B pulak sambil mengenyit-ngenyit matanya yang hanya terbuka setengah sentimeter (cm).
"Huiyyo.. (terkesima)", tak lepas pandangan si C melihat si dia yang terkinja-kinja di tepi jalan. Hampir sahaja cecair yang mengandungi enzim amilase di mulutnya terkeluar daripada tempat tadahan.
Beginilah respon kawan-kawan kita apabila melihat perempuan cantik. Pantang lalu depan mata, habis semuanya dipanah oleh mata-mata liar. Mungkin mereka tidak tahu bahawa panahan mata itu akan berbalik pada mereka sendiri akhirnya. Sedih. Kadang-kadang aku sendiri tak kuat untuk istiqomah dalam hal-hal macam ni. Tapi sentiasalah berdoa moga-moga diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. supaya kita dapat melawan dan mendidik nafsu yang tak pernah lesu.
Menjaga pandangan bukannya perkara yang boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yang beriman.
Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."
Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."
Jika seseorang individu itu tidak menjaga pandangannya, mungkin dia akan terjebak ke dalam maksiat yg lebih besar iaitu ZINA. Kalau ditafsirkan pemerhatian dan mungkin sedikit pengalaman aku, sequence ke arah zina ni lebih kurang begini:
Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar

Sebenarnya sequence ni memang reliable jika difikir secara logik akal yang sihat. Malah, ramai ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang berpendapat sama seperti pendapat yang aku terangkan di atas tu, iaitu zina besar bermula daripada zina kecil, yang akhirnya bercambah menjadi dahan-dahan maksiat yang merimbun. Zina bermula dengan pandangan yang tidak terkawal. Daripada pandangan sedemikian, kita semakin mendekati zina.

Untuk lebih faham lagi konsep 'mendekati' di sini, kita ambil satu contoh. Katakan Ali ingin ke kedai yang jaraknya, let say 1220 langkah. Apabila Ali melangkah setapak keluar daripada rumah itu sahaja dia sudah dikira mendekati kedai tersebut, setuju? Jadi, pandangan yang tidak terkawal itu ibarat langkah pertama ke arah zina.
Part 'Tindakan' tu dah bersepah di merata-rata tempat. Paling berlambak di shopping complex & universiti. Untuk pengetahuan anda, disekeliling aku pun ada sebenarnya. Apa benda 'Tindakan' yang aku maksudkan ni sebenarnya? "COUPLE".full stop.
Jika pandangan sahaja dah dikhuatiri akan membawa kepada zina, apatah lagi bercouple? Orang yang berakal sihat sepatutnya tiada masalah nak jawab soalan ni.
Aku anggap mereka yang bercouple ini tidak tahu hukum yang sebenarnya. So, artikel ni adalah bertujuan untuk berkongsi dan MEMBERI TAHU. Jika ada sesiapa yang tengah bercouple atau hampir nak bercouple,dan merasakan maklumat dalam artikel ni akan menghalang niatnya untuk bercouple, maka hati-hati. Syaitan itu sentiasa mengajak ke arah kejahatan. Jika ingin mengikut nafsu syaitan juga, then go for it. Tapi ingat azab Allah di akhirat nanti takkan ada penangguhan.Selepas membaca artikel ni fikirlah kenapa Islam mengharamkan gejala 'couple' sebelum nikah.
( Artikel yang dimaksudkan penulis : JANGAN DEKATI ZINA)
EPISOD 2
InsyaALLAH dalam Episod 2 ni aku nak tekankan lagi mengenai penjelasan 'mendekati' atau 'menghampiri' kerana aku merasakan bahagian ni penting untuk kita fahami betul-betul supaya kita dapat mematuhi perintah Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu :
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
Terang lagikan bersuluh. Kekejian perbuatan zina ini bukan dinyatakan oleh manusia, tetapi dinyatakan oleh Yang Maha Mengetahui. Apabila Allah S.W.T sendiri mengatakan zina ini keji dan satu jalan yang buruk, sudah pasti kecelakaannya maha dahsyat.
Berbalik kepada penjelasan tentang 'menghampiri', sedangkan menghampiri zina sudah diharamkan, inikan pula melakukannya. Contoh menghampiri zina adalah seperti melihat gambar lucah, berdua-duaan lelaki dan wanita ajnabi, pergaulan bebas antara jantina berlainan (ikhtilat) dan juga melihat aurat orang lain.
(contoh yang paling banyak : berjalan berdua-duaan dan beriring-iringan. Walaupun tak berpegangan tangan, tapi amat menjelikkan)
Kuatkanlah hati kita wahai kawan-kawanku sekalian, supaya kita berupaya menegakkan kebenaran yang satu ini. Jangan sesekali diikut tuntutan nafsu. Jangan sesekali patuh pada ajakan syaitan laknatullah dan tertipu dengan tipu daya mereka. Ingatlah bahawa mereka pernah menipu moyang kita, Nabi Allah Adam a.s. dan Hawa.
Surah Al-A'raf ayat 20 :
"Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)."

Jika kita lihat Surah Al-A'raf ayat 19, Allah telah berfirman kepada Adam dan Hawa supaya jangan MENGHAMPIRI sepohon pokok di syurga. Larangan sebenarnya adalah supaya Adam dan Hawa tidak memakan buah pokok tersebut.
"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim."

Merujuk kepada larangan Allah S.W.T. kepada kita supaya tidak menghampiri sesuatu itu, amat jelas bahawa perkara yang dilarang itu dapat memberi mudarat yang besar sehinggakan menghampirinya pun tidak dibenarkan! Ini bertujuan untuk menghindari perkara-perkara mungkar sehingga ke akar-akarnya. Lihatlah betapa kasihnya Allah kepada kita.
Adakah kita ingin mengulang kesilapan Adam dan Hawa sedangkan pengajaran sudah ada di depan mata? Bodohlah orang-orang yang membutakan mata hatinya tanpa ingin mengambil pelajaran.
Mengikut kaedah usul fiqh, sesuatu yang membawa kepada haram, maka hukumnya haram. So, equation ber'couple' sebelum nikah adalah :
couple = menghampiri zina
menghampiri zina = haram
maka, couple = haram (very simple equation)

Tapi, juga ingin diingatkan di sini, apabila ber'couple' sebelum nikah itu hukumnya haram, bukanlah bermakna kita boleh bergaul dengan jantina berlawanan sesuka hati dengan menjadikan alasan "kami tak bercouple, kami hanya berkawan".
Berbalas-balas mesej di YM dan tidak lupa mengucapkan selamat pagi dan malam kepada 'kawan'nya yg satu itu diselangi dengan perbualan telefon yang berpanjangan tanpa membicarakan hal-hal yang penting bukanlah jaminan bahawa kita tidak mendekati zina. BUKAN PERKATAAN 'COUPLE' ITU YANG MEMBUATKAN HUKUMNYA HARAM MELAINKAN PERBUATAN KETIKA BER'COUPLE' ITU SENDIRI. Jika anda tidak ber'couple' sekali pun anda dilarang bergaul bebas tanpa batas syara' antara lelaki dan wanita ajnabi.
Ada suatu ketika seorang kawan mempersoalkan tentang bagaimana hendak mengenal calon suami/isteri jika tidak ber'couple'. Ingatlah bahawa Islam itu bersifat syumul. Tidak ada suatu hal pun tidak diajar oleh Islam. Islam telah pun menyediakan garis panduan yang paling sempurna tanpa melibatkan maksiat dalam hal berkaitan mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.
Amat menyedihkan apabila orang Islam sendiri yang menanyakan soalan sebegini. Ia tidak sepatutnya berlaku. Apa ertinya kita menganut Islam jika kita tidak mengetahui ajaran-ajarannya?
Tapi tidak mengapa, inilah tujuan saya menulis tulisan sebegini untuk berkongsi ilmu dan memberitahu. Untuk soalan tadi, kita sambung seterusnya.....

EPISOD 3: Cara-cara mengenali pasangan selain daripada ber'couple'.
Sebagai agama yang paling sempurna dan satu-satunya agama yang diredhai Allah, Islam telah pun menggariskan panduan untuk diikuti oleh penganutnya berkenaan hal pra-perkahwinan. Cara yg dianjurkan Islam untuk pasangan yang ingin berkahwin kenal-mengenali adalah melalui cara pertunangan.
Tapi amat menyedihkan apabila paradigma masyarakat tentang konsep pertunangan sudah tersimpang jauh dari kebenaran. Buktinya, pertunangan yang sepatutnya dijadikan tempoh untuk lelaki & wanita HANYA saling mengenali telah dijadikan 'lesen' untuk pasangan tersebut berdua-duaan tanpa mahram, ibarat pasangan yang sudah bernikah. Konsep ini salah sama sekali !
Memetik kata-kata Ustaz Hassan Din dalam Al-Kuliyyah di bawah topik "Jodoh" di TV3 bertarikh 28 Julai 2006 berkenaan konsep pertunangan dalam Islam, beliau berkata, "Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan wanita akan saling mengenali antara satu sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."
Sebagai contoh, katakan Superman sudah bersedia untuk berkahwin (maksud 'bersedia' di sini adalah bersedia dari segi kewangan, keadaan, mental serta fizikal). Dan sekarang adalah masa yang sangat sesuai dan ideal untuknya mendirikan rumah tangga. Pada masa yang sama juga dia sudah mempunyai calon sendiri, katakan si 'Cinderella' (bukan nama sebenar).
Superman berhasrat untuk memperisterikan si 'Cinderella'. Superman yang sangat faham akan konsep pertunangan pun terus berjumpa dengan kedua ibu bapa si 'Cinderella' dan menyatakan hasratnya untuk menyunting bunga rafflesia di taman (merisik). Apabila ibu bapa si 'Cinderella' sudah bersetuju dan si 'Cinderella' juga sudah bersetuju apabila diberitahu oleh ibu bapanya, Superman pun menghantar rombongan keluarganya untuk meminang si 'Cinderella'. Tidak timbul langsung hal-hal maksiat kan? Kan cantik tu. Dan apabila si 'Cinderella' sudah menjadi tunangan Superman, maka HARAM bagi lelaki lain meminang si 'Cinderella', walaupun lelaki itu adalah 'Professor Gadget' (bukan nama sebenar).
"Lelaki boleh la, kalau perempuan? Takkan perempuan nak merisik lelaki pula, perigi cari timba namanya tu". Mungkin inilah suara-suara yang bakal berkumandang memberikan respon. Ok. Mari kita sama-sama menelusuri kembali sirah perkahwinan agung, Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah r.a.. Saya yakin ramai yang akan mengakui bahawa perkahwinan agung ini dimulakan oleh Siti Khadijah r.a. dahulu. Ini telah pun diajar dalam subjek Sirah di sekolah agama. Pada mulanya, Siti Khadijah r.a. menyatakan hasrat hatinya kepada pakcik Rasulullah S.A.W. iaitu Abbas, agar merisik baginda.

Setelah baginda bersetuju, barulah keluarga baginda menghantar rombongan meminang Siti Khadijah r.a.. Begitulah yang diajarkan sirah kepada kita. Lalu, apa salahnya jika wanita yg memulakan dahulu? Malah wanita sebegini lebih mulia daripada wanita yang hanya menunggu dipinang oleh putera raja kayangan.
Ustaz Hassan Din juga turut menegaskan bahawa pasangan yang bertunang diharamkan bergaul bebas seperti suami isteri. Mereka masih tetap terikat dengan batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi. Tempoh bertunang hanyalah tempoh kenal-mengenal, bukannya tempoh melayan-layan perasaan cinta. Beliau menambah,
"Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak."
Jika konsep pertunangan ini dilihat dengan mata hati yanang diselaputi iman dan taqwa, akan terzahir berbagai hikmah yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Bijaksana. Selain menghindari maksiat, pertunangan juga dapat memelihara maruah kedua-dua keluarga yang terlibat. Kalau pun pertunangan diputuskan, kedua-dua pihak keluarga masih dapat meneruskan silaturrahim yg sudah terbina, tanpa rasa dendam dan benci.
Maka dengan lahirnya ketiga-tiga episod ni, diharap jelaslah kepada kita serba sedikit tentang hukum ber'couple' sebelum nikah dan bagaimana cara yang sebenarnya untuk kita mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan..
Dengan ini, saya menyeru diri saya sendiri dan kawan-kawan sekalian supaya tinggalkanlah maksiat cinta nafsu syaitan laknatullah ini secepat mungkin. Bagi mereka yang ber'couple' tu, cepat-cepat lah break up. Kita ni dah la amal tak banyak, sembahyang pula ada yang tinggal. ditambah pula dengan dosa 'couple' lagi (dosa berdua-duaan, zina mata, zina telinga, zina tangan, zina kaki dan zina hati). Dibuatnya esok mati,macam mana? Memanglah dosa masing-masing tanggung, tapi jika dah mati orang lain juga yang tolong mandikan, kapankan, tanamkan.
Dan janganlah pula kita menjadi orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Firman Allah dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 23 :
"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?"
Apabila sudah diketahui hukum-hukum Allah, maka hendaklah kita patuhinya. Yang haram segera ditinggalkan. Harap kita tidak menjadi seperti mereka yang di dalam firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 7-11 :
Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa; (7) Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (8) Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, dia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina. (9) Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada Neraka Jahanam (yang disediakan untuk mereka) dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. (10) Al-Quran ini ialah hidayat petunjuk yang cukup lengkap dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (11)
Bagi mereka yang mungkin sudah agak lama mengamalkan maksiat cinta ini dalam kehidupan seharian mereka, mungkin agak sukar untuk meninggalkannya. Namun ingatlah firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 :
"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
Dan semoga kita semua diberi kekuatan iman dan taqwa oleh Allah S.W.T. untuk menegakkan Islam di dalam diri kita. Kerana ramai kawan-kawan kita di luar sana yang sudah tahu halal haram tapi masih melakukan yang ditegah mungkin disebabkan mereka tak punya kekuatan. Dan percayalah kepada qada' dan qadar Allah S.W.T., jika ada jodoh takkan ke mana, jika bukan di dunia yang sementara ni, di syurga yang kekal abadi Insya Allah. Tapi jika bukan jodoh, berkorbanlah nyawa hatta anda mempunyai 100 nyawa sekalipun, nescaya takkan kesampaian.

Wallahua'lam.

sumber: iluvislam.com

p/s: untuk diri sendiri dan kengkawan, marilah sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran daripada artikel ini, yakinlah... ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBANYA...

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Wednesday, July 8, 2009

Aku sudah kembali,,,

Alhamdulillah..selepas hampir 2 bulan aku menyepi, kini aku kembali..bukannye ape, hari tu kan cuti sem..msti la dah lama aku tak jenguk blog ni. Bukannya saje2 malas tau. Hehe..Cuma malas nak pegi cc je, takkan la sebab nak update blog aku kena pegi cc pulak? tak pasal..huhu. Rumah aku pun bukannya canggih sangat nak pakai internet ni.

Erm.. apa lagi yang perlu aku kongsikan di sini ek? Owh.. masa cuti aritu aku tak buat apa-apa pun. Makan, tidur, tengok tv. Ulang benda yang sama je. Dah tak tahu sangat nak buat apa. Nasib baik la emak saudara aku ada baby. Boleh la jugak aku meluangkan sedikit masa aku dengan melayan baby. Best tau spend masa dengan baby ni. Aku suka. Nak tau nama sepupu aku tu apa? Wan Nuraisyah Syafiqa Binti Faizal Aswaf. Sekarang ni dah 2 bulan lebih nak masuk 3 bulan. Tapi dia besar. Tak macam baby 2 bulan gayanya. Macam dah 4 bulan. Ikut gen abah dia kot. Huhu..

Lagi? Aku buat apa masa cuti baru ni? Erm.. dah takde pape kot. Hanya melakukan xtvt yang sama je.

Okla.. Aku dah mengantuk la, nak tidur. Lupa pulak, sem ni kelas aku semua petang. Tension jugak. Harap-harap sem ni aku bertambah rajin, amin. ( Azam baru ni, kononnya la) huhu.. Tapi harapnya menjadi. Doakan aku kawan-kawan.

Assalamualaikum..=)