Thursday, January 28, 2010

..:: Mencari pasangan vs mencari keredhaanNYA..::

Kadangkala
Hati kecilku berdetik
Sampai bila aku begini
Keseorangan, kesepian, kesunyian

Tatkala melihat teman-teman
Sedang melakar bahagia
Bersama pasangan masing-masing
Bergurau senda, bertepuk tampar
Suka duka, tawa dan tangis

Namun..
Di sebalik semua ini
Aku berfikir
Redhakah DIA dengan kelakuan
Hamba-hambaNYA ini

Kerana
Pergaulan yang semakin luas
Tidak terbatas
Tanpa sempadan yang pernah
Digariskan oleh DIA

Akhirnya
Aku hanya mampu berdoa
Dan mampu berserah kepadaNya

Ya ALLAH Ya TUHANKU
Kurniakanlah aku pasangan
Yang terbaik untukku
Demi agama ini
Untuk mencapai
KeredhaanMU...
Amin..

Create at
8.40 pm
Thursday
28th January 2010


3 comments:

♥Fitnunnisak♥ said...

kdg2 kt rasa kesunyian, rasa xde pn org nk mndekati kita, tp kt x perasan, Allah selalu dekat ngn kita..

bila sedar hakikat itu, rasa bersyukur sgt2 sbb Allah sygkan kita...

Anisa Nasida said...

sy dh follow blog ni..bestla 'madah berhelah' ni... suka...=)

nurul afiza said...

huhu.. yeke? tenkiu2...time ni tgh jiwa kacau, ingtkan xde bakat nk berpuisi.. reka2 je ni, hehe