Wednesday, March 31, 2010

Apa jawapan yang boleh diberi apabila adik, anak-anak yang bertanya??

Rasa terpanggil nak mem'post'kan perkara ini.

Kadang-kadang terdetik di hati, dengan situasi sekarang apa reaksi kita kalau ada adik-adik atau anak-anak yang bertanya:

"kenapa kakak dengan abang tu jalan pegang tangan? Tadi kat sekolah Ustazah adik cakap berdosa lelaki dan perempuan bersentuhan kulit dengan lelaki ajnabi. Kakak dengan abang tu takkan dah kahwin, pakai baju sekolah lagi. Pelik la."

"kenapa Mak cik tu tak pakai tudung, bukankah rambut tu aurat bagi perempuan?"

"Ei, seksinya akak tu, berdosa kan pakai seksi-seksi? Boleh mendatangkan fitnah."

"Abang tu pakai gelang dan rantai la. Bukan haram ke lelaki menyerupai perempuan? Gelang dan rantai kan bagi perempuan je."

Ini baru segelintir soalan yang diutarakan. Macamana kita nak jawab ye?? Perilaku seperti di atas dah dominan. Mungkin ada yang keliru mana yang hak, mana yang batil.

Wallahualam..

Tuesday, March 30, 2010

Macamana Nak Jadi Baik??

Entah la, tibe2 je rase nak menulis pasal ni. Kadang2 kita rase kite dah cukup baik, tapi sebenarnya banyak lagi yang tak cukup dalam diri. Ilmu, iman dan amal. Macam familiar je kan ayat ni??

Ilmu. Banyak ke ilmu yang ada? Ilmu dunia mungkin la ada sikit2, tp ilmu agama penuh di dada ke? Aku rasa ilmu agama aku ni pun mungkin setebal satu sel je. Hehe.. Terlalu nipis kalo nak dibandingkan dengan kulit bawang. Am I right??  Dunia sekarang ni pun banyak menekankan pasal ilmu keduniaan. Macam terkilan pun ada. Ilmu agama takat belajar Pendidikan Islam masa sekolah menengah dulu je. Cukup ke? Belajar pun yang basic2. Tapi basic2 pun, ramai je yang tak ikut. Contoh yang senang sekarang pasal pergaulan lelaki dan perempuan, aku tengok macam tak ada batas langsung. Sedih pun ada, umur belasan tahun dah ada pakwe makwe. Keluar dating, dan paling dahsyat berzina la. Astagfirullah. Pastu bila pregnant, buang anak pulak. Tak ke buat dosa besar 2 in 1?? Berzina dah la dosa besar, pastu membunuh pulak. Tak ada hati perut agaknya si pelaku ni. Kesian dekat baby. Tak sempat nak rasa hidup kat dunia. Tapi kan, mungkin ada hikmah jugak. Siapa tahu, kalau ditakdirkan hidup pun, macam2 perkara buruk berlaku? Who knows??

Iman. Pasal iman mungkin dah disentuh di atas. Tapi kan, kalau setakat sembahyang, puasa tak boleh nak dikira baik kan?? Macam aku la. Huhu.. Aku nak jadi lagi baik, Macamana ea? Kalo nak cakap qiam malam2, tak jugak. Sembahyang sunat pun, buat solat hajat je. Tu pun time dekat2 dengan exam. Teruk kan? Mengaji pulak, tak ade la selalu. Kalau duk Ukm ni, boleh la tiap2 hari lepas maghrib dan subuh sentuh jugak Quran. Tapi, masalahnya.. Bila balik kg ke, pegi mane2. Susah sikit nak jenguk Al-Quran. Jangan ikut aku ye?? Kalau boleh, nak istiqamah, tapi macamane ni?? Susah jugak kan? Tapi org lain boleh buat, takkan aku tak boleh kot.

Amal. Tak tahu nak cakap macamane dah. No idea. Huhuhu...Tapi rasenye lebih kurang yang atas tu je kan??

Saturday, March 27, 2010

Saje2...

ASSALAMUALAIKUM...

Tak tahu nk gambarkan bagaimana perasaan ke pesta buku pwtc semalam, excite, teruja, mcm2 la.. (excited ngn teruja 2 sme je kan) hahaha..

Tapi sempat capai versus je. Buku ustaz Hasrizal xjumpe, mase nk blik bru jumpe, tapi duit pun dah xde la. Aku beli tafsir Al-Quran. So, bajet dah xckup. Ade duit 60 hinggit je pun. Jimat beb sekarang ni. 2 pun duit tabung. tukar syiling kat cafe. Naseb baik diterima. Hoho

Hari ini pulak aku diamanahkan untuk menjaga Syafiqa. Sepupu aku, baru je 11 bulan. Biase la, mak ayah kerja. Naseb baik ade aku. ~riak~

p/s: nanti kalo aku kawin, n ade anak aku tak nak kerja boleh x?? Nak jage ank kat umah la, xyakin la nk bg sape2 jge. Macam2 kes brlaku skrg, takuuut!!

Friday, March 26, 2010

Mampukah Aku Seperti Ini??



"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....."

Surah An-nur, ayat 26

Thursday, March 25, 2010

..:salam:..

Salam untuk semua..

Aku dah lama tak post sesuatu kat blog ni. Ingatkan nak cancel terus je.. Huhu.. Tapi tak apa la, bosan2, aku boleh jenguk blog aku yang tak berape menarik ni..

2,3 hari ini, aku banyak bace blog org. Bile tengok2, rse nak post sesuatu jugak kat blog, tapi idea kurang la.. Macamane org lain boleh ade idea? Aku pulak xboleh?? Pelik bin ajaib ke ajaib bin pelik ni??

Ermm.. nak cerita apa ye?? oh ye, sekarang ni musim Pesta Buku Antarabangasa,bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Esok, Jumaat (26/03/10) Insyaallah, aku akan sampai ke sana. Aku nak cari versus, karya penulis muda tanahair yang bagiku sangat menarik untuk di baca. Nama penanya Hlovate, nama sebenar aku tak tahu. Don't care whoever she r, but i really like the way her wrote (aku just tau die tu perempuan je). Kenapa aku suka penulisan die?? Sebab ceritanya banyak pasal agama, kinda a dakwah?? I think la.. so, aku ni bukannya baik sangat, tapi niat nak change 4 good 2 adela.. Doakan aku kwn2..

Lagi? Aku nak cari ape lagi?? Maybe teringin nak cari buku motivasi sikit, dari ustaz2 terkenal. Macam nak cari "BERCINTA SAMPAI KE SYURGA" dengan "MURABBI CINTA". Buku2 ni dari Ustaz Hasrizal. Semua buku2 beliau sangat best, banyak pengajaran di dalamnya, terutama bagi org muda mcm aku ni. Yela, jiwa muda. Perasaan ingin dikasihi dan mengasihi mestilah ada, tapi bila belek buku dari uztaz ni, insaf tu ada. ( info, aku dah ada "AKU TERIMA NIKAHNYA")

Sebenarnya jodoh, pertemuan, ajal, maut semuanya ditangan ALLAH. So, aku selalu ingtkan hati supaya yakin dengan janji ALLAH. Sorry to say, especially about couple. Aku tak nak alami lagi.

Ya ALLAH, tetapkan hati hambaMU ini.

For me, a relationship must end with marriage..

Arrghh!! Aku dah banyak melalut. So, ini sahaja untuk hari ini. Kalau tak ada org tengok pun, xpela.. Ade aku kisaaahhh!!


p/s: lupe plak, aku teringin nak ada tafsir al-quran, harap boleh dapatkannya esok. Mengaji hari2 pun tak tahu maksud tak de maknanye kan?? ALLAH, permudahkan segala urusan hambaMU ini..