Tuesday, March 30, 2010

Macamana Nak Jadi Baik??

Entah la, tibe2 je rase nak menulis pasal ni. Kadang2 kita rase kite dah cukup baik, tapi sebenarnya banyak lagi yang tak cukup dalam diri. Ilmu, iman dan amal. Macam familiar je kan ayat ni??

Ilmu. Banyak ke ilmu yang ada? Ilmu dunia mungkin la ada sikit2, tp ilmu agama penuh di dada ke? Aku rasa ilmu agama aku ni pun mungkin setebal satu sel je. Hehe.. Terlalu nipis kalo nak dibandingkan dengan kulit bawang. Am I right??  Dunia sekarang ni pun banyak menekankan pasal ilmu keduniaan. Macam terkilan pun ada. Ilmu agama takat belajar Pendidikan Islam masa sekolah menengah dulu je. Cukup ke? Belajar pun yang basic2. Tapi basic2 pun, ramai je yang tak ikut. Contoh yang senang sekarang pasal pergaulan lelaki dan perempuan, aku tengok macam tak ada batas langsung. Sedih pun ada, umur belasan tahun dah ada pakwe makwe. Keluar dating, dan paling dahsyat berzina la. Astagfirullah. Pastu bila pregnant, buang anak pulak. Tak ke buat dosa besar 2 in 1?? Berzina dah la dosa besar, pastu membunuh pulak. Tak ada hati perut agaknya si pelaku ni. Kesian dekat baby. Tak sempat nak rasa hidup kat dunia. Tapi kan, mungkin ada hikmah jugak. Siapa tahu, kalau ditakdirkan hidup pun, macam2 perkara buruk berlaku? Who knows??

Iman. Pasal iman mungkin dah disentuh di atas. Tapi kan, kalau setakat sembahyang, puasa tak boleh nak dikira baik kan?? Macam aku la. Huhu.. Aku nak jadi lagi baik, Macamana ea? Kalo nak cakap qiam malam2, tak jugak. Sembahyang sunat pun, buat solat hajat je. Tu pun time dekat2 dengan exam. Teruk kan? Mengaji pulak, tak ade la selalu. Kalau duk Ukm ni, boleh la tiap2 hari lepas maghrib dan subuh sentuh jugak Quran. Tapi, masalahnya.. Bila balik kg ke, pegi mane2. Susah sikit nak jenguk Al-Quran. Jangan ikut aku ye?? Kalau boleh, nak istiqamah, tapi macamane ni?? Susah jugak kan? Tapi org lain boleh buat, takkan aku tak boleh kot.

Amal. Tak tahu nak cakap macamane dah. No idea. Huhuhu...Tapi rasenye lebih kurang yang atas tu je kan??

No comments: