Aku baru sahaja menonton cerita ini. Walaupun cerita ni dah lama tapi baru tergerak hati nak tengok. Sebelum tu, ramai yang berpendapat cerita ini tak best. Kenapa? Kerana, menurut teman-teman yang sudah menonton cerita ini, mereka mengatakan bahawa cerita ini nak menunjukkan yang budak kelantan ni perangainya jahat, terutamanya lelaki. Samseng, berjudi, kaki perempuan, merompak, kaki gaduh dan macam-macam lagi la. Aku pun kurang setuju jugak dengan cerita ini walaupun ada moral dan pengajaran di sebaliknya. Janganlah terlalu fokuskan kepada satu2 negeri sahaja.
Kepada anak-anak remaja perempuan pulak, terutamanya aku sandiri walaupun aku ni dah penghujung remaja..hehe. Jangan lah mudah percaya dengan lelaki. Contohnya dalam cerita ini, seorang gadis lari dari rumah kerana kecewa dengan keluarganya yang menghalang dia dari bercinta. Mungkin ada sebab kenapa mereka menghalang kan? Jadi janganlah ambik jalan mudah nak lari dari rumah je. Ceteknya pemikiran!! Dunia luar sana bukannya mudah, lagi banyak bahayanya. Bak kata pepatah, lari dari mulut harimau masuk pulak dalam mulut buaya, haru! Berbalik pada cerita tadi, semasa gadis itu lari dari rumah dia terjumpa dengan seorang pemuda. Pemuda itu berlagak baik, kononnya hendak membantu. Tetapi akhirnya dia pulak yang merosakkan gadis tersebut. Aduh dunia, memang teramat susah nak cari insan yang betul2 ikhlas nak membantu kan. So, tepuk dada, tanyalah iman.
Satu lagi, aku tertanya-tanya sendiri. Ada ke seorang lelaki yang sememangnya jahat,samseng, kaki pukul boleh berubah hanya disebabkan oleh seorang perempuan? Yang aku perasan perempuan yang akan berubah bila kenal dengan lelaki. Contoh bila dah suka, sayang, cinta. Sanggup perempuan itu menggadaikan maruah sendiri demi si lelaki itu yang belum tentu confim nak jadi suami dia. Tak ke sedih+haru?? Kesian mak bapak kan. Dulu anak-anak bersih, suci. Tapi bila dah besar, buat hal pulak. Nauzubillah. Mintak aku sendiri dijauhkan dari benda2 macam tu. Kita ni manusia biasa kan? Tak lari dari membuat khilaf dan dosa. Apa-apa pun, doakan supaya kita dijauhkan dari perkara2 yang tak baik tu. Amin.
Dah penat la menaip, yang membaca pun mesti la penat jugak kan. Kla, chow dulu.
p/s : jaga hati, jaga iman. (pesanan utk diri sendiri gak)
assalamualaikum..
4 comments:
Assalamualaikum
Btul 2,org klntan x lah sburuk yg d gmbarkan dlm crita 2,wlaupun ade sdikit prngai tdak baik,tpi x lah smpai jahat bangat,wlaupun nmpak samseng tpi juga nmpak warak...
psal ade ke x org laki yg berubah kerana perempuan 2,bgi aku memang ada,ko x jmpa lagi,, aku dh jmpa bnyk laki yg brubah kerana pnpuan
klau ko buat Research,ko akn dpt dptkan jumlah yg bnyak dan kputusan graf ko akn menaik
dah penat menaip,mesti org yg bca komen ni penat juga mmbaca kan...k
oh.. sekadar movie jer
movie is an art! and how you define an art is very subjective!!
org kelantan dlm film ni mugkin cuma sbg tema...
hahaaa... cuba tgk filme yg mami jarum etc, mcm mengambarkan org penang cam gossip etc...
sbenernya itu coma tema jer kot... yg selalu dipakai
byk lagi rrr
china ~ pengotor
french ~ berlagak
Italy ~ serabut dan bersepah
german ~ tegas cam hitler
mexico ~ miskin dan pengedar dadah (gangster)
moslem ~ penganas
russia ~ pemabuk
indonesia ~ pembantu rumah
thanks 4 ur comment..msti kamu suke tgk cerita dr seluruh pelusuk dnia kan..bgus2.. hehe..
erm..btul ke ramai laki yg bleh berubah sbb prmpuan? kamu dh buat researh ke? nnti sy nk tgk graf nye..hehe
Post a Comment