Sunday, September 13, 2009

kelakarnyee....

Kisah 1

PAK Mat seorang penduduk sebuah pondok di utara tanah air. Pada pertengahan Mei lalu, isterinya, Maznah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau 50-an mula dilihat luar biasa oleh jiran-jirannya kerana beliau akan pergi ke kubur isterinya tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya secara berterusan lebih dua minggu.

Ada setengah daripada jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudara terdekat menemuinya dan berkata: “Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu."

Pak Mat menjawab: “Sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas terakhirnya, beliau berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dulu.

"Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh..." katanya dengan selamba.


Kisah 2

SEORANG lelaki sakit mental menganggap dirinya jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Selepas beberapa bulan menerima rawatan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti sama ada dia sudah pulih atau sebaliknya.

Doktor: Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?

Lelaki: Ya doktor.

Doktor: Siapa kamu sebenarnya.

Lelaki: Saya manusia doktor.

Doktor: Ya ke? Bukan jagung?

Lelaki: Bukan, saya memang manusia doktor.

Doktor: Kamu takut dengan ayam?

Lelaki: Tidak doktor.

Doktor: Hmm...bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.

Lelaki: Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.

Doktor: Apa dia?

Lelaki: Ayam tahu tak yang saya dah berubah jadi manusia.

Doktor: "Hah...?"

3 comments:

Khairul Rrijal said...

fiza....fiza....selamat hari raya

nurul afiza said...

lorr..ingt komen psl post ni..nk wish hari rye rupenye...selamat hari rye jgok..

Syam Ahmedarino said...

hahaha!